Friday, May 25, 2012

::SELAMATKANLAH PERJALANAN KAMI YA ALLAH::

Assalamualaikum...

Seperti entri lepas, sukacita dimaklumkan saya akan berangkat pulang ke kg tercinta iaitu kg beta hilir kesayangan hamba.Hahaha....Cadangnya nak bertolak lewat malam, tapi terasa perlu mencari sesuap nasi dulu.Jadi plan bertukar untuk bertolak awal beberapa jam.Jam 10.30pm mungkin kami bertolak dari kolej mawar ni.( kami tu saya dan bella).
*
Seharian tanpa nasi terasa macam orang London la pulak kan.Nasi kan tetap ku cari.Tapi lalu ke nak makan? ada selera ke??macam takde je.Tadi pun beli kuey teow goreng kat pasar malam 2 jam baru habis telan.Tu pun paksa je sebab takut lapar ketika drive nanti.
*
Sambil tunggu mood nak kemas barang tiba jenguk-jenguk fb ada pula yang bertanya untuk menumpang.Alhamdulillah.Ada juga driver saya lagi sorang...Dalam kesyukuran itu terselit juga rasa simpati pada seorang teman, Apex.Tadi dia mintak tolong hantar dia ke Kuantan malam ni.Emak nya jatuh sakit.Kesian la pulak.Nak tolong hantar memang berfikir sepuluh kali la.Pertama saya laluan yang berbeza amat nak balik malam ni.Ke dua tengah demam dan tak larat sangat. Ke tiga perjalanan dan ongkos bakal 2x ganda kalau saya drop dia di Kuantan. Bukan tak mahu tolong.Tapi saya pun tengah terdesak.Penat melampau.Takkan nak harapkan Bella drive sensorang pula nanti...Puas menelefon kawan2 bertanya jika ada yang boleh di tumpang.Tak ada pula.nasib memang tak baik.Adooai...Moga ada tiket untuk Apex balik esok.Mintak maaf banyak2 akak tak boleh tolong kali ni.
*
Hari ni juga semacam tak lengkap sebab niat di hati tadi nak turun bervolleyball.Alih-alih turun tengok orang main je.Ada sukan sime darby la pulak.Dorang dah tempah court.Alamatnya kami sume jadi penonton je la mampu.
*
Frust tak dapat main, terus decide nak pergi pasar malam.Beli makanan niatnya.Sampai pasar malam 2 kali pusing tengok takda benda menarik pula.Jadi hanya beli kuey teow goreng dan kerangka ayam goreng rempah juga sedikit anggur bekalan makan dalam kereta nanti.
*
Ni la rupa makanan didibeli tadi..Malas nak rotate,hehee,,,
Sekian tuk kali ni.Nak kemas barang jap dan mandi.

Selamat bercuti pada yang bercuti lah.

No comments:

Post a Comment