Thursday, May 24, 2012

::SEDIKIT SAHAJA UNTUK KALI INI::

Assalamualaikum...

Pada entri lepas saya ada selitkan cerita pasal saya baca blog Kak Moon yang ada cerita Norma dan keluarganya tu.Hari ni plak saya ada terbaca blog Kak Moon jugak dan blog sorang lagi ni nama dia Azie, yang memaklumkan bahawa Norma sudah punkembali ke rahmatullah.Apa-apa pun yang kita lakukan bagaimana besarnya sayang kita pada keluarga kita, kasih Allah itu melebihi segalanya.Allah lebih sayangkan Norma.AL-FATIHAH buat arwah.Semoga jannah untuknya dan jannah untuk kita semua.Amin.
>>INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI"UN>>
*
Buat masa sekarang banyak juga yang terasa belum dikongsikan ceritanya di sini, tapi kalau dah mula menaip rasa macam tak lengkap je jika entrinya hanya sekadar secubit kisah.Jadi saya tangguhkan dulu entri-entri yang dah dicreatekan dalam benak fikiran ni.Terluang nanti saya update.
*
Lately juga keadaan semasa sedikit celaru dan kucar-kacir.Dengan test dan assignments yang sedang bermusim.Dengan batuk yang masih berbaki.Muka mula menunjukkan dwi-tone.Panas-panas bahang pun masih bersisa.Ada juga masalah yang merisaukan saya masih belum selesai.Doakan lah semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang.Apa pun perancangan saya tidak mungkin mengatasi perancangan dariNYA.Moga perancangan ALLAH seiring apa yang saya hajati.
*
Semalam juga saya dapat berita seorang sahabat bernama Yolisyafiqa baru sahaja selesai menjalani pembedahan keluarkan ketumbuhan dalam perut.Ini pun saya hanya tahu setelah selesai pembedahan.Sekalung terima kasih buat sorang lagi kawan lama ( kira lama la kan sebab kenal dari penang lagi),Zikri yang memberi info ni.Syafakillah untuk Yoli.Doakan semoga kawan saya ni cepat sembuh ya.Kami dah tak lama lagi nak peperiksaan akhir semester dan ada presentation final projek pula,Moga kami diberi kekuatan untuk menghadapi segala kekusutan yang melanda ni.
*
Eh tadi kata sedikit je,Terbanyak pula kan.Alhamdulillah untuk hari ini, yang lepas juga yang bakal mendatang.Yang lepas tidak terbilang.Hari ni pun tak terkira nikmat yang ALLAH beri.Akan datang tentunya ALLAH tidak pernah melupakan hambanya walaupun hambaNYA seringkali melupakanNYA.
*
Hari ni makan nasi beli kat pasar malam.Beli juga anggur untuk pembersih mulut.Air pula neslo ais room made.hehe..sedaplah juga.
*
Ini menu berbuka semalam ( selasa).Cadang hari  ni (rabu)nak puasa lagi tapi tak terjaga sahur pulak.
*saya tak boleh kalau tak sahur.kompem buka puasa di tgh hari tak pun sbelum tgh hari dah muntah! 

Ini menu tadi beli kat pasar malam..je..lebih kurang je menu kan..da memang itu je yang saya selera buat masa ni...hehee...yang atas lagi best.*nasi
Done for today.Will update more.Enjoy your life.Share your love.Heart your self.Don't forget ALLAH!!!

Selamat bersahur buat yang puasa hari ni ya. (dah khamis kan?)

No comments:

Post a Comment