Saturday, October 13, 2012

:: Bergegas ::

Salam semua. Moga ceria sentiasa.

Hari ni kita pulun update blog sebanyak mungkin sebelum memori yang nak dikongsi kabur diingatan.
...
Malam nanti saya mau balik kg da. Balik kelantan la cite die!! Yeay!! Smalam pegi stadium layan semifinal Malaysia Super League , Selangor vs Kelantan. Excited lagak macam 1st time masuk stadium je. Macam tengok final match pun ada.
...
Malas ulas panjang2 sebab ramai orang yang pegi stadium smalam kompem2 share experience dorang kat facebook, twitter whassup and segala macam lagi media elektronik. Saya share kat blog skit je la kan. Kang jadi redundant plak. Bosan la kan.
...
Straight to the point, keputusannya Kelantan menang dengan skor 2 tanpa balas dengan bekalan satu gol dari Kota Bharu. Keseluruhannya Kelantan ke final MSL dengan agregat 3-0. Congratulations The Red Warrior!!! Mari ramai2 kita gegarkan pentas final MSL dengan penuh semangat kesukanan. Cuma satu nak pesan, bola bola juga, solat jangan abaikan.
...
Gambar penyeri ada skeping je.Lupe nak amek ngan member smalam. Kami berempat dan tukang blanja tiket duduk asing-asing. Hahhaaa...



2-0!



Friday, October 12, 2012

:: Kemanisan itu ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan bahagia semua.

Salam jumaat penghulu hari juga. Sambil menunggu mood mandi datang, update sikit. Semalam dan hari-hari sebelumnya menambahkan rasa gembira di hati. Tak kurang juga kenangan manis dan pahit. Yang pahit malas dikenang yang manis saya nak biarkan ia berkekalan. Benar, menghabiskan masa bersama membuatkan kita lebih menganali hati budi seseorang and menbuka minda. Tidaklah ditakuk yang lama. Mentang-mentang baik yang batil diangkat diiakan. Tapi yang sadisnya masih ramai yang bersikap sebegitu. Kawan baik la konon. Baik-baik juga, jangan kawan buat dosa depan mata sibuk cari kelambu nak sorok. Orang lain salah sikit nak canang serata dunia. Kanak-kanak sangat okeh. Paling tak boleh tahan terasa matang.
...
Sooooooooooo sorry to say lapada yang berkenaan. Jangan perasan hebat sangat kerana sehebat2 anda ada lagi yang lebih hebat. Bodek, rasuah ampu la macam mana pun, kebenaran pasti muncul. Anehnya ada juga makhluk yang tak boleh terima kebenaran dan kenyataan. Backup kawan sampai nampak bodoh. Well they ssaid camtu la kawan sejati. Hahhaa,,,sadis sungguh. Nasib baik sungguh diri ini. Tidak lagi berada dekat dengan makhluk sperti itu.
...
Suatu ketika dulu saya pernah borak2 dengan roomate saya* sakinah ismail*. Benar telahan kami tepat dugaan kami. Hanya tekaan dan ianya benar belaka. Satu persatu ALLAH perlihatkan.
...
Another thing i wanna say here, sikit pun tak rugi berjauhan dengan makhluk2 perasan bagus camtu. Satu sen pun tak mintak duit mak dorang. And the most important thing is paling bahagia bila dapat jauhkan diri dari mereka yang boleh tambah dosa saya. Hahhaaa..well pity you, org yang ko sangka suka kat kau tu sebok duk keji kau kat blakang. People nowadays expert kot klo bab2 pretending bagai ni. Nak gelak pun ada. Tapi nak anda semua la, ada jugak eh manusia yang perasan kaya habuk pun takde ni eh??
Umpama : dia canang dapat duit singgit depan orang yang baru je menang loteri dan piling tak boleh tahan is dia rasa bangga gile! Kau ada?? hahaaaa
...
Enough babbling.blalalalalaa... yang penting saya syukur sangat ALLAH tunjuk tepat pada waktunya.
Alhamdulillah.

Moral of the babbling : keep away with people who make things worse and make you away from THE CREATORS.

:: Di kala merindu pada yang tak pasti ::

Salam Jumaat semua. Salam sejahtera juga.

Hari ni hari yang menggembirakan bagi saya. Full of joy orang puteh kata. Thank you ALLAH. Thank you ALLAH. Thank you ALLAH. Benarlah terkadang kita termengeluh dengan ujian dariNYA. Maklum lah iman senipis kulit bawang ni hati pun kadang2 gundah gulana jiwa tak tenteram dan banyak gangguan lagi. Namun tatkala ALLAH bagi kegembiraan ketika duka melanda, itulah tandanya kekuasaan dan rahmat serta kasih sayangNYA tidak akan pernah kenal erti putus asa. Sentiasa mengiringi hambanya yang taat mahupun yang lalai. Tidak pernah pilih kasih malah sentiasa melimpah ruah dengan cara yang berbeza. Lalu hati terlintas : benarlah sebaik2 perancangan ialah dari ALLAH yang Esa. Kita hanya merancang DIA yang laksanakan. Cepat atau lambat bergantung usaha kita sebagai hamba. Andai cepat Alhamdulillah, andai lambat itu kifarah.
...
Tengah layan blog sorang2 sambil kumpul idea nak update aktiviti hari ni, satu pengajaran yang saya blajar hari ni. :: Jangan terlalu merancang risau nanti tak jadi :: Bukan tak percaya takdir tapi risau pula ada yang terguris hati. Jadi harus ada izinNYA maka sentiasalah basahkan mulut dengan InsyaALLAH walaupun InsyaALLAH itu bakal ditagih. * pengaruh cite ketika cinta bertasbih*
...
Dan saya suka lagu ni. Just suka ok. dan ada kaitan la kan ngan perasaan saya ketika ini. Sape2 pun impikan cam lirik lagu ni kan :) Tajunya HARAMKAH by Melly Goeslaw.
...
video

While uploading vedio, kita share lagi satu tip eh. Yang ni dari mak member jugak. 

"Ketika di rumah orang atau kenalan mahupun berada bersama kawan-kawan, pandai2 lah bawa diri, kelak nanti bukan hanya kamu yang dikeji, malah lebih buruk ibumu dicaci kerana gagal mendidik dengan adab dan budi dan gagal berdikari"

Ayat tu saya olah sendiri la. Tapi maksudnya sama dengan nasihat mak kawan saya tu. 

Ok dah...Vedio dah siap dimuat naik. Peace no war!!!

Salam rindu pada si dia. Moga dia juga sama seadanya saya :)

Thursday, October 11, 2012

:: Kata orang-orang lama ::

Salam semua salam satu Malaysia dan salam sejahtera di mana sahaja anda berada.

Topik kali ni ialah macam tajuk entri la. Kali ni saya petik kata-kata orang yang berpengalaman yang kita semua memang biasa dengar. Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.
...
Haaa...maksudnya saya rasa tak susah pun nak difahami. Perkataannya pun memang kita dah biasa guna dan dengar serta faham. Bukan maksud nak sindir sesiapa apatah lagi menyinggung perasaan manusia yang tahap sensitifnya berbeza-beza. Hanya sekadar perkongsian dan saya rasa menarik untuk sama-sama kita renungkan.
...
Kebetulan plak hari ni saya terdengar kata-kata tu dari mak kawan saya. So, jadi modal blog la sket. Dari tadi nak update tak jadi. Idea banyak tapi tak tahu nak start yang mana dulu. So draf je blambak dlu.
...
Ok lah. Mau basuh baju dulu. Bersiram kejap pastu mungkin bersiaran lagi atau tidur mengambil tempat pun saya tak pasti.
Hehehhee...Yang penting kite semua rasa happy.

Mak budak ni la yang bagi idea tajuk entri ni :) hehehe...Mekaseh makcik :)

Monday, October 8, 2012

:: Allah maha adil ::

Salam

Sesungguhnya ALLAH itu maha adil. First and foremost syukur alhamdulillah. Di saat kami ditimpa musibah, masih jua kasih dan rahmatnya tidak putus-putus mengiri. Bermula dengan perancangan yang baik, perjalanannya menjadi kurang enak serta pengakhiran yang telah dilalui dengan perasaan bercampur baur akhirnya menjadi sebuah memori terindah. Benarlah sungguh, andai tidak salah mahupun jua khilaf, pansti jalannya ditunjukkan mana yang hak dan batil. Moga kita tidak lalai dari mengingatinya.
...
Bermula dari batuk dan selsema melampau, kapten pasukan yang cedera sebelum pertandingan bermula ( sehari sebelum) dan diambang ke perlawanan akhir menjadi kelam kabut dek rakan sepasukan cedera namun natijahnya kami pulang bukan tangan kosong kali ini. Bermula sebagai pasukan yang tidak bernama mahupun dikenali, apatah lagi menginginkan kemenangan yang setiap pasukan ingini, akhirnya perngorbanan dan kesungguhan serta kerjasama yang amat profesional dari semua pihak kami berjaya menggondol hadiah tempat ketiga bersama team ARMY LADIES di Kejohanan Bola Tampar Terbuka Piala Pendaftar USIM kali ke 5 kalau tak silap.
...
Sejuta terima kasih pada semua yang memberi sokongan yang tak berbelah bahagi. Lain kali kalau ada ruang jgan serik jemput lagi ye. Hehheee..
...
Sikit aje gambar dari koleksi saya. Will update details untuk kejohanan ni. Entri khas untuk bola tampar ...perhaps.


 

Friday, October 5, 2012

:: Haluan sama dengan pandangan berbeza ::

Salam petang semua dan selamat petang.

Selalunya petang2 macam ni mmg tak penah la nak layan blog ni. Hari ni tetiba mood malas datang menjelma tambahan pula duduk sorang2 ni ngan line internet pun laju, so update la sekeping dua lagi. No volleyball for today.
...
Bangun-bangun tgk msg kat hp yg tersilent n trtiggal kat ruang tamu, ada 18smses.. mai ai..bnyak plak smsnye cam hari raya tak pun cam time birthday je. Then read 1by1, ada la msg yg tak brape seronok dibaca. The thing i've done and wasn't my intended and also the worse is my bad, but i really does not want to hurt anybody, just being honest and as a friend...perhaps it would be just some sort of thought sharing but the thing turned upside down. Hmmm... saying sorry is the best things to do for now i think. What can i do when that thing has already said. Once it is said, no returning ways. Pros or contras I'm going to accept that, my words my responsibilities. Well, people says think before talk and me also. Think twice or what ever else. Yes i've done my part. The problem is the reason behind the words and actions are not equalize. Senang cerita, pendapat ni berbeza. Nilaian manusia lain hati lain bicaranya. Tambah buruk lagi kalau dah memang ada masalah peribadi dan dalaman.
...
Apa-apa pun, benda dah jadi. Nak menyesal terjun bangunan bodohla namenye. Penerimaan manusia yang terfikir dek akal kekadang tak sama dengan yang terlintas. Tapi untuk jadi hipokrit sangat tu not my way lah. Orang punya pendapat masing-masing, sanggup jadi hipokrit bertutur di belakang itu hal mereka la. Dan saya dengan hal saya. Yes, some people may feel this is like besar kepala or ikut kepala ke what so ever, but my thought is i'm going to reduce the things untuk jadi bahan mengumpat. I think it was right and ok, but then jadi problem plak. Pencetus masalah plak rasa. Ayat cliche nak bagi kat sini is " nobody is perfect". A friend of mine advices me to not to spend much time together with this kind of person, or better is stay away. Bukan untuk putus kawan tapi untuk kebaikan bersama. Hmm....betul la kot. Haluan dan cara pemikiran berbeza.
...
Terima kasih teman untuk nasihat itu. Akan ku cuba hingga berjaya.. InsyaALLAH.


Gambar sekadar hiasan dipetik dari page Bella ammara.

Sekian dulu.Malam nanti update lagi ye.

:: Bermalas-malasan dan hanya alasan ::

Salam dan selamat petang.

Al kisah nya dah lama tak update blog. So layan la skejap smentara ada mood ni. Baru bangun tidur sebenarnya. Aman terasa tanpa gangguan.( hp silent pastu letak kat luar plak- mmg xbangun r cite die ). Ni saya lepak umah member ( Shiqin) kat Shah Alam yang mana tuan empunya bilik sewa ni takde kat umah, dan sedang lepak sorang2 plak. Yang lain sume pegi keje. Memang la malas amat nak bangun.
...
Dah nama pun topik nya malas, memang sedang diselubungi rasa malas. Godek2 fb td terjumpa la quotes kat nonanye page and rase macam sangat betul. Jap eh nak share pic nye.
...
Ni la gambarnye. Mlas mau tulis panjang2..wuhuuu..
Sekian dan renung-renungkan.