Monday, May 21, 2012

::DAH NAK JADI, APA BOLEH BUAT ::

Assalamualaikum...

Hari ini terasa bersemangat nak berblog tapi keadaan kesihatan kurang memuaskan. Tekak masih terasa pahit dan berpasir. Hidung mula menunjukkan belangnya asyik nak banjir aja. Kadang-kadang tersumbat saluran rasa macam lemas pun ye jugak. Mata usah cakap lah, layu dek kerana kepenatan. Kaki masih normal, manakala tangan dan jari sakit-sakit dek kerana terlanggar member tengah digging semalam ( sabtu ).Kepala so so aja, haaa...tang muka yang nak dikhabarkan sebenarnya ni, merah mak ngah you all. Blusher original saya dapat semata-mata berkhidmad untuk kolej mawar ni ha.( bajet putih sangat kan nak kena panas skit merah tapi ini serius ok!)..Pedih da satu hal kang esok lusa legam la jawabnya.
*
Kesimpulannya saya sudah demam. Risau pun ada sebab kalau dah encik demam ni mula menemani saya, memang muntah tu wajib. Buktinya tadi sebelum final match bermula sudah bermuntah kat tandas pusat sukan. Mampu?? tetiba aja boleh muntah.Itu tandanya saya sah demam.Oh tak suka! tapi bukan ke sakit tu penghapus dosa kecil.Jadi redha je la.Nikmat sihat dah lama saya rasa, jadi demam sikit tu kira ok la kan.Harap-harap tak berpanjangan lah demam ni.Tak selesa dan rimas serta risau kang menyusahkan member pulak nak kena usung pegi hospital. Eh! sebut je hospital rasa macam dah ok sikit demam ni ha...( ahhahaaa)..Boleh?
*
Perut pulak mintak di isi.Nasib baik tadi pergi Giant s13 sempat shopping ( boleh la kira shopping ) roti choc raisin dan anggur. ( bahasa kelantan panggil woh zabit jah ). Bekalan maggi pun rasanya masih banyak. Begitu juga stok nescafe masih boleh berbangga. Tapi mulut dan selera rasa nak makan tomyam pulak..Cemane??mane nak cekau?? malam2 buta ni. Esok2 je la.Sabar.Sejak bila pulak nak manja-manjakani pulak ni???adoooai...time2 demam camni kalau duk rumah kan best?? ummi masak kan best??? aaaaa..sume pun best lah kalau kat rumah! Tak sabar nak balik minggu depan. Tapi hari rabu ni test tak study lagi ni.Grrrr..baru terasa banyak kerja. Tu lah, before ni enjoy je. Enjoy ke??? agakla kan.Minggu lepas aje layan karaoke sampai berkali-kali nasib tak terlayan bowling. Lepak ngan member pulak memang malas nak kira.Almaklumlah musim konvo member pulak ramai opkoslah nak jumpa.Bila lagi kan?? kang lepas ni semua dah busy dengan life masing2 memang harapan lah nak jumpa.
*
Ini belum cerita pasal bergambar. Tak kira panas ke hujan ke tengah alam ke bila setahun sekali dapat camera memang tak ingat lah kerezi nye kan. Pulak ngan member2 yang sengal ( gedikje).
*
Entri ni kisahnya nak habaq tak sihat je.DEMAM la senang cerita.Jadi sebelum hidung mula banjir tekak pun terasa geli dan perut pun menyanyi-nyanyi saya mau bergegas makan lah.Selingannya ada juga la gambar kan.Kata pun suka bergambar.Eh ada cakap ke?? bila??? hahaaa...
*
Sebelum berpanas

setelah berpanas terik

Kompem esk lusa gelaplah mukaku..dan pedih2 makin terasa.Sah demam!

Ok dah. Kang masuk air banjir hidung pulak laptop ni. Tak kuasa nak repair2 lagi. Sekian.
Eh lupa : doakan saya cepat sihat ya :)

Salam celaru hati tak tenang!

Moga hati ni tenang dan tidak kusut lagi.

No comments:

Post a Comment