Tuesday, May 15, 2012

:: HARI-HARI ADALAH HARI IBU ::

Assalamualaikum...
Semalam tak sempat nak update blog ni sebab connection asyik terputus jer.Saya pula agak sibuk ke hulu ke hilir.Banyak keje habaq hang...heee...

So hari ni nak sikit komen pasal sambutan hari ibu.Walaupun ilmu di dada agak cetek dan kurang arif dalam hal-hal melibatkan hukum hakam ni, saya tetap rasa terpanggil nak share pendapat saya tentang hari ibu.

First and foremost ,thank you Allah for my mother. No doubt of mother's love is the real love i've ever had after the love of The Creator and His Messenger, Muhammad S.A.W.

Back to the discussion ::

Baru-baru ni saya ada terbaca tentang hukum menyambut hari ibu. Apa yang saya baca lebih kurang macam ni lah ye ( sebab saya tak jumpa pulak cari pics yang saya baca tu).This is only what i remember. Do correct me if i am wrong! Petikan ucapan dari Ustaz Azhar Idrus kat gambar tu cakap lebih kurang "
Pada yang nak jugak sambut..silakan..tapi jangan sampai merosakkan akidah" ..((((sebab kita macam percaya hari ibu suppose to be that day)))..macam je la..ape-ape pon tepuk hati tanya iman...Jangan nak bangkang je apa orang cakap kerna nak tutup kesalahan sendiri.

Pada pendapat saya tak salah kita nak ucap kat ibu kita selamat hari ibu dan nak celebrate la katekan pon tak salah bagi saya.Kalau setakat nak wish kat mak kita ke ummi kita ke mama ke, mummy ke  dan apa-apa sahaja panggilan kita pada orang yang melahirkan kita, tak salah rasanya. Rasa hati saya.Tapi jangan sampai merosakkan akidah la. Apa yang dimaksudkan dengan rosakkan akidah di sini ialah * juga pendapat saya* jika kita sambut siap buat party bagai dan party tu pula ada menghidangkan makanan haram di makan. Itu secara umum dan senang nampak la kan. Lagi satu yang boleh jatuh haram hukumnya tu sebab kita ni dah terikut propaganda barat sebab * kafir laknatullah * tu sambut hari ibu dan tetapkan serta terapkan dalam minda malah kita juga telah secara tidak lansung agree untuk sambut hari ibu pada tarikh atau masa sama seperti mereka. Means that kita dah meniru mereka secara tidak lansung .Sedarkah kita mengapa mereka menyambut hari ibu hari ahad munggu ke dua setiap bulan mei??? Tentu sekali ada sebabnya mengapa sesuatu perayaan tu di sambut.Untuk lebih lanjut boleh klik link ini ...Hukum sambut hari ibu dan mengapa ianya haram! Ni lagi satu...( HUKUM)

Kedua, juga pendapat saya.Bila kita sambut hari ibu pada hari ahad minggu ke dua bulan mei ni, secara tidak lansung, saya tekankan di sini ye, secara tidak lansung dan boleh jadi secara tanpa sedar juga tanpa niat kita telah menyatakan sokong secara moral kepada propaganda sambutan sempena peristiwa yang berlaku dalam dunia bukan islam itu. Kita juga seakan meniru cara mereka **bukan islam** samada peniruan secara perbuatan mahupun meletakkan hati mengesetkan minda bahawa hari ibu adalah hari tersebut.

* berbalik pada hukum*
Apa hukumnya kita meniru cara orang kafir???
Fikirlah sendiri.
Nak kupas satu-satu kang kena cop ustazah pulak kan. Paling sadis kena batang hidung batang tengkuk sendiri.Parah! Hahahaa...

Ketiga , masih juga pendapat saya. Sekiranya larangan atau sekatan samada berbentuk fizikal mahupun spiritual itu untuk kebaikan dan sedikit pun tidak memerlukan anda mengeluarkan belanja apatah lagi mengeluarkan peluh malah menjimatkan, tak perlulah nak persoalkan kenapa larangan itu wujud.Ok...Ade pula yang jwb nanti,,,kena la persoalkan kan kenapa dan mengapa sebab kami nak tahu sebabnya....So saya jawab terus di sini kalau nak tahu dan nak persoalkan silakan.Tapi bila yang lebih arif dan ahlinya mengeluarkan penilaian jangan lah menghina atau menidakkan pulak ye. Paling penting kita terima pendapat orang bukan kerana ilmu dunia semata-mata juga kenalah kaitkan dengan ilmu akhirat dan paling penting kena rujuk pada ilmu ISLAM la.Takkan tu pun nak kena bagitau. Dan pada yang mengatakan hukum-hakam dalam ISLAM tu macam tak sesuai diguna pakai di zaman ini, saya dengan bangga dan berbesar hati nak bagi tau pada yang nak tahu dan juga pada yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu tu, bahawasanya...bukankah ISLAM itu sifatnya SYUMUL.Apa itu SYUMUL??? perlu ke dikupas??? macam panjang pulak kan.Senang cerita ISLAM ni menyeluruh sifatnya dan sesuai sepanjang zaman. Jadi dek kerana percakapan mahupun pendapat kita, janganlah sehingga menyebabkan rosak 'aqidah kita.NAYA!!!!

Bagi yang tak faham-faham lagi apa yang dimaksudkan , saya do'akan semoga ALLAH membuka pintu hati beri hidayah supaya mengerti maksud saya.Apa yang buruk dan khilaf itu dari saya dan segala yang baik semuanya dari ALLAH pencipta alam.

Banyak lagi pendapat tentang Hukum HARAM sambut hari ibu ni.Ramai juga yang telah share info penting tentang kenapa sambutan hari ibu tu jadi HARAM. Pada yang pendek 'akal dan cetek ilmu sila la rajin-rajinkan diri menbaca,Jangan tanpa usul periksa tak tahu mana hala gamaknya kalut nak beri komen ala-ala cendekiawan.* Menyampah sebab terbaca blog seorang makhluk yang konon nya bijak bertinta dalam blog tapi bila saya baca sampai habis ( mesti die bangga sb sy dah naikkan rate blog die) die macam kondem seorang ustaz. Saya bukanlah seorang yang pro dan taksub dengan mana-mana ustaz.Tapi jujur saya katakan apa yang Uztaz yang dimaksudkan makhluk itu adalah betul.Janganlah dengan baca satu statement pastu terus nak buat jatuh hukum orang tu tak betul ke ape ke.Cube la menilai guna ilmu sikit.( Tapi tak tahu la pulak saya kot kot makhluk tu kuar statement kondem ustaz tu sebab kena batang hidung dia kot )... ** nak tutup bangkai ingat senang ke bro?????

Mode : sayang Ummi sampai bila-bila

Ni ummi saya  :)

Ni pulak su saya.. :)

Sayang mereka berdua :) 
Terima kasih segala nya :)
Terima kasih Ya Allah atas anugerah tak ternilai ini :)
Terima kasih sekali lagi dan berkali- kali

IDEA : Ape kata kalau dah rasa nak sangat sambut hari ibu, try kita set kan hari ibu bagi ummat Islam adalah hari kelahiran Ummul mukminin.

Pastu kita spreadkan seluruh dunia?? amacam??? ini hanya idea yang terlintas di hati saya. tak ada kaitan dengan mana-mana sponsor ke ape ke.. :)


Salam rindu dari saya --> Fasihah Abdullah








No comments:

Post a Comment