Tuesday, May 22, 2012

::SI RUMAH SAKIT::

Assalamualaikum..

Rumah sakit? mesti ada yang dah boleh agak apa maksudnya kan. Ini adalah direct translation dari bahasa melayu ke bahasa omputeh ( tak paham kenapa orang eropah dikenali ngan name omputeh kat Malaysin ni padahal orang kulit hitam juga berasal dari sana kan??? ).Apa-apa jelah.Kita ikut kebiasaan orang panggil la kan senang nak sampai maksud la cite die.

Eh belum tulis lagi la maksud rumah sakit tu in english nye is homesick! Yeah!! I am totally tak malunya admit tengah la sangat nak balik kampung ni ha. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab Shah Alam ni membosankan dan dikelilingi mereka yang tak best aje.Yang best pon ramai tapi masing2 sedang sibuk lah.Dengan kerja universiti nya, makcik cleaner dengan sibuk menbersih dan mencuci nya, pak guards pula biasalah kadang2 friendly kadang2 mak ai garang ( xde la sangat pon).Tak pe, saya faham la pak gad pun kadang2 pon stress jugak kan.(stress ke?).Tambah pula kena yang bertugas tengah panas terik lagi sadis.Tak pe la kan.Itu cara masing2 cari rezeki yang halal.
Gambar ni da post kat fb tadi..malas nak taip caption panjang2 ualng cerita sama.Ni  je ade.Takkan gambar cleaner dan pak gad pon nak post jugak kan.


Kawan-kawan pula tak usah cakap lah, memang semestinya sangat la sibuk.Contoh : room mate saya. Ni pun saya alone je dalam bilik.Kalau dia ada, ade la jugak teman berborak, tapi apakan daya dia sekarang ni musim tengah laku nak jadi artis Mandarin.( hahahaa : sori wani ).Al kisahnya ialah room mate saya (rumet je la senang ) ni sibuk esok nak kena hantar skrip mandarin. Nak tolong tak larat pulak. Lupa pula nak bagi skrip yang lepas2.Entah ade lagi ke tidak lam simpanan saya pon saya tak tau.Nak mencari satu hal...( sume tu hanya alasan ). Tak pe lah.Ni pon saya faham juga. Kadang-kadang jeles juga dengan rumet saya ni ha.Rajin semacam je.Asyik study je saya tengok.(dah habis tu kalau jeles tak reti nak tiru ke???)kuang3..kena balik.
Ni la rumet saya.


Habis tu nak borak ngan sape??? Tak kan la tetiba nak borak dengan makcik or pakcik or abang or kakak yang kat food court (DC) tu??? tak ke pelik pula orang fikir kan?? ye tak??Sikit-sikit boleh la.Kang tetiba pulak ajak dorang lepak ke tengok wayang ke main bowling ke atau pun paling tidak ajak teman makan kat DC tu.Tak ke kena bambu atau pun paling cikai kena gelak? Paling sadis pula dicop gatal atau terdesak??haaa///sape nak jawab.. tak kuasa nak layan.Layan running man lagi bagus.

Adik-adik takde ke??
Saya jawab: ada la.4 orang lagi. Tapi adik2 saya ni ha yang sorang tu memang la sangat busy nye.Tengah kursus katakan. Nama pun renjer.Citer die dalam hutan la kan.Tambah-tambah skg ni masih junior katanya. Baru posting.Tapi baru-baru pon kepten juga la kan ( along bangga neh!!!). Pastu adik saya yang sorang ni juga jenis pendiam bertempat die macam mana entah.Prinsip hidup dia macam ni la lebih kurang ' buat benda perlu dan penting sahaja'. Barangkali lah ye.Agak je ni. Ok dah tak tau nak describe macam mana perangai dia dan betapa busy nya dia.Paling senang kamu semua boleh nilai sendiri melalui kisah di bawah...
*
Pernah tak kamu semua mengalami apabila kamu sms seseorang berpage2 paling kurang 3 page dan tanya paling kurang tiga soalan dan wish paling kurang satu ucapan lah. Dan di reply as short as "too".??? pernah???( nasib die tak tulis short form bernombor 2)...Ni bukan pengalaman saya tapi pengalaman adik saya (Nasyrahah ) dan ummi saya.Mungkin juga makcik saya aka Sue pernah alami.
Ni dia orangnya

Ni sewaktu bertauliah beliau di sg besi

*
Yang perempuan pula ada 2 orang dan sekarang mereka tengah bercuti di rumah ( ini yang malas nak call dorang kan jeles pulak). Yang sorang sedang sibuk uruskan passport dan visa untuk sambung belajar bulan September nanti. ( citenye nak sambung blajar kat Mesir). Pastu pulak yang ni jenis suka masak dan buat kek ke donat ke ape jenis makanan la lagi kan, then dorang sibuk crita kat saya masak apa hari ni, makan apa hari ni dan bla bla bla...Tak larat nak meleh ayaq liuq baq hang!!!


yang no 3 tu yang pakai tudung paling labuh ( ustazah )..tak clear palk pic ni...adus..

ummi abah su angah na n mok muda..nenek sedara saya

Time ni g ambik sue balik dr mengerjakan Haji..Sue kat depan tengah2 tu...pakai jubah


Ummi

with Sue

*
Yang sorang lagi pula sibuk apa tah.Asyik sms saya suh balik kampung je sebab nak ajak g jenjalan.( dia nak drive sendiri tak confident katanya )>lagi sorang buat saya jeles.Citenye dua-dua kat kampung sorang tukang masak sorang tukang makan.Pastu takkan saya nak jadi tukang terliur pulak kan????
*
Si bongsu pula msg suh download cite segala macam.Game la ape la.Tanya ada game best2 ke tak.Die tak tau akak die yang sulung sorang ni busy tak hengat! Tau pulak die akak die ni pulak jenis stok2 tak boleh tgk game lam lappy orang lain mula la sibuk nak copy pastu game tu jadi macam kena masuk lam freeze tak pun dah macam diwartakan sebagai harta simpanan semata-mata.Tau pulak dia kan? Tapi bese la budak2...budak lagi ke umur da 14 tahun lah..( tapi penakut tidur nak kena ada teman..hahahaa)..eh lupe nak habaq : yang bongsu is a hero!!!
*
Sedara mara takde ke??
Kalau nak cita sedara, ramailah.Bukankah setiap muslim itu bersaudara kan??...ke situ pulak. Jiran??
Jiran memanglah ada. Tapi tahap kebizian jiran juga kadang-kadang kalah perdana menteri Venezuela kot.
Jiran di kampung usah cerita.Jiran bilik ni pon nak terserempak sekali sehari pun susah apatah lagi nak ajak minum kopi ke ape ke.Nak ajak makan coki-coki bersama pun tak sempat.( ade ke orang ajak jiran makan coki2 je???)..itu je mampu nak buat cemane kan.
*
Eh lupa lagi.Abah takde ke??? ade lah!!! sape kate takde.Tapi tak ke pelik setelah sekian lama tak bergosip ngan abah tetiba call borak2.Mesti la abah terkejut itik plak kan...paling tak seronok takut abah terpikir anak sulung die ni buang tebiat.Haruuuuu....Padahal dulu semua pun mesti abah yang tahu dulu,Ummi jadi no 2 pulak..Terbalik..huwhahaaa....
*
Dah!!Dah!! Macam panjang sangat je entri ni.Nak bagitau homesick sampai berjela.Hahahaha...itu la penangannya kan.Gambar malas nak edit satu2 letak bawah cerita.Baca caption je la ye.Tu pun kalau sudi.
*
Selamat Pagi saya kelas pagi.Ahhh..malas dan tak suka.Tapi kena pegi jugak...kelas jangan ponteng ye.
*
Sekian dan selamat bersahur sempena satu REJAB.



No comments:

Post a Comment