Monday, May 21, 2012

::PESAN PADA HATI::

Assalamualaikum...

Tajuk entri tercetus tatkala hati terasa gundah gulana.Jiwa terasa kosong.Minda pula berat berbicara seiring dengan gelodak perasaan yang bercampur baur yang memangnya sukar dimengerti oleh si pemilik hati pinjaman dari Ilahi ini. Sesungguh hanya DIA yang lebih mengerti hati ku dan juga hati sekelian ciptaanNYA tanpa ragu dan gagal.

Pelbagai dugaan yang sememangnya berbeza juga barangkali mungkin sama akan tetapi pendekatan mengatasi beserta cara menangani tidak seia sekata.Ku harapkan dugaan ini menambah kekuatan jati diri malah jua meningkatkan daya imaginasi dan juga ketabahan hati.Ku harapkan segala yang berlaku bakal mengubah persepsi manusia di bumi yang tidak pernah kenal dan tahu akan pengalaman ciptaan lain malah mana mungkin mengalami sama situasi.Paling diingini juga diimpi adalah kekuatan IMAN yang dicari.

Bukan niat mahu mengeluh.Ini sekadar luahan hati yang kadang-kadang saya rasa perlu.Barangkali ada yang mengatakan dan mempersoalkan mengapa perlu meluahkan di blog bahkan mungkin ni laman muka buku atau paling tidak di atas sehelai kertas?? Kenapa tidak terus memohon dari ALLAH?? -- Jawapan saya untuk itu sudah dan memang akan senantiasa memohon dariNYA kerana saya sedar siapa saya di sisi NYA siapa saya di dunia. Tapi ini mungkin cara saya untuk menyelesakan diri tatkala tangan dan badan sibuk mengadap komputer riba, fikiran celaru jari menaip laporan projek akhir tahun dan banyak lagi yang sukar di bicara di sini.

Pesanku pada hati :


  • Jadilah diri sendiri
  • Berubahlah walau sedikit
  • Ambil masa untuk diri walau sejenak
  • Jangan pernah lupa akan hakikat hidup walau sedetik
  • Kuatlah dan tabahlah wahai hati
  • Sakitku ini sebagai penghapus dosa bekalan ke dunia abadi
  • Jangan pernal lupa ummi sentiasa mendoakan anaknya
  • Jangan pernah lupa abah jua sering di belakangku jua didepan malah sentiasa setia di sisi ku
  • Andai mahu menangis,silakan lah.Tapi jangan sampai merana jiwa.Air mata hanya sekadar meluahkan yang terbuku
  • Hidup mana dan hidup siapa yang tak ada dugaan, bak bumi mana tak ditimpa hujan
  • Hidup ini hanya persinggahan
  • Jangan pernah menyesali apa yang berlaku
  • Jangan pernah persoalkan ujian yang melanda
  • Jangan pernah lagi ada benci dihati
  • Jangan sesekali lupa bahawa diri ini dijadikan dengan hati yang kuat otak yang sihat minda yang bijak akal yang waras
  • Paling penting saya harus KUAT dan terus KUAT.
Terlalu banyak pesanan pada hati. Juga sukar untuk tertunai

Ingatlah wahai diri-->

Sakit ini hanya sementara dan jangan pernah putus asa.
Jangan biarkan syaitan terus menguasai minda.

AYUH KITA LAWAN MUSUH ALLAH JUA MUSUH KITA ITU!!!

ALLAHUAKBAR!!!
LAILAHAILLALLAH!!
MUHAMMADARRASULULLAH!!!

Sekian dari hati seikhlas budi

Sampai ketemu lagi

Salam



No comments:

Post a Comment