Tuesday, May 22, 2012

::REJAB 1433H::

Assalamualaikum...

Lately banyak pula dugaan menimpa. Bermula dari mimpi tatkala tidur di petang hari. Tafsiran mimpi tu pulak agak kurang senang untuk dikongsi bersama.Apa pun saya cuba mengenakkan hati sendiri dengan berpegang pada 'mimpi itu hanya mainan tidur' ' syaitan je semua tu sebab saya tidur waktu yang agak tidak elok' ( bukan agak tapi memang tidak elok la rasanya ).Tertidur al kisahnya. Not purposely siap-siap untuk tidur dan itu bukan kebiasaan bagiku.

Biasalah lumrah manusia fitrah kejadian yang punya akal yang waras dan anggota yang sempurna kadang-kadang lupa akan hakikat kita ni manusia tidak pernah lari dari kesilapan.Tidak pernah terlepas dari pelbagai ujian dan cubaan.Bukan untuk merosakkan diri malah bakal mematangkan fikiran dan paling tidak pun ianya adalah suatu pengalaman yang tak akan boleh dibeli dengan wang ringgit hatta ditukar dengan sebiji banglo atau sebuah kereta.

Mulut mengatakan redha.Hati pula bagaimana? Ikhlas kah redha itu? Sebut pasal redha dan ikhlas terkadang ralat juga diri ini.Terdetik juga di benak fikiran mengapa terjadi segala masalah? mengapa perlu ada masalah? kenapa saya yang terpilih? --- Mujur lah iman senipis kulit bawang masih membantu meleraikan segala persoalan. Berbalik kita pada ajaran Al-Quran dan Sunnah, nescaya tidak akan ragu dan sesat di jalanNYA.

Jujur ku katakan hati ini terkadang mengeluh, jiwa dan minda bersatu mengatakan penat dengan segala ujian dan kesakitan ini, badan pula cuba menafikan, akal sering kali terabai tatkala tibanya sakit, namun bangga dan tersangat bangga jua ingin ku titipkan di sini, bahawa diri ini bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang ku panggil Ummi. Terasa berputus asa dialah pembakar semangat, terasa kerdilnya diri dialah pemberi motivasi walau motivasinya mungkin hanya sekadar fantasi, dia lah penguatku.Dialah pendorongku.Benar sungguh kata-kata bahawa kasih ibu sampai ke syurga dan layaknya jugalah diibaratkan syurga itu di telapak kaki ibu.

Pernah dulu diri ini seakan tidak menyenangi hadirnya Ummi.Terasa terkongkong terasa cemburu dan tidak senang dan bermacam lagi hanya kerana leteran seorang ibu.Oh alangkah bodohnya diriku menilai.Namun kasih sayang dan rahmat ALLAH tidak pernah menjauh.Sesungguhnya diri ini bersyukur kerana tidak hanyut dalam bisikan syaitan itu.

Kerap kali juga hati termenangis mata mengalirkan airnya apabila terkenang kebodohan lalu.Betapa ceteknya diri berfikir dan menilai. Syukur jua pada ILAHI kerana membuka mata menyedarkan akal ku agar tidak terus berada dalam kebodohan itu.

Malah acap kali juga nafsu membisikkan ke hati mengatakan yang benar itu salah.Seraya menjawab segala leteran si ibu. Alhamdulillah kesedaran masih ada.Tidak lagi hanyut kerana nafsu jahat dorongan syaitan yang sentiasa menghantui anak cucu Adam.

Ya ALLAH yang maha segalanya, hambamu ini terlalu lemah dan hina. PadaMu jua ku memohon agar segalanya berpaksi kebenaran. Ku bermohon jua agar ditetapkan imanku.Peliharalah agama ku dan agama seluruh saudara seagamaku.Kasihanilah kedua orag tua ku seperti mana mereka mengasihi ku sewaktu kecilku.Kurniakanlah kesihatan dan kebahagian yang hakiki kepada kedua ibu bapaku selayaknya mereka.
Berikanlah kesihatan yang baik kepada ku dan kedua ibu bapaku agar kami bisa berjihad di jalanMu dengan cara kami sendiri berpandukan hidayahMU. Hamba mana yang tidak pernah mengimpikan JannahMu. Hamba mana jua yang tidak pernah ingkar kepadaMu melainkan mereka yang terpilih.Namun diri ini jua masih percaya akan kemaghfirahanMu dan kasih sayangMu yang tidak pernah ada penghujungnya.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
*
Eh terpanjang pulak entri ni.Nak cerita pasal bulan Rejab je pun, alih-alih melalut. Apa-apa pun yang berlaku dan tertulis di atas hanya sekadar perkongsian rasa sekeping hati. Terpulanglah bagi anda, membaca atau tidak, saya tak paksa.... Sekadar senyum penutup bicara tinta berteknologi ini. :)
Sedekah tuu....Jom senyum!!!
*
Dan JOM PUASA.Hari ni kan satu Rejab.Banyak kelebihan bagi orang yang berpuasa hari ni kan.tak perlu lah saya nak bagi kupasan pulak kat sini.Kena cop ustazah rock baru padan muka kan???...hehehe..Senyum sorang-sorang lagi. Takpelah kan.Kira sedekah untuk diri sendiri.
*

Ni menu sahur semalam.Anda pula bagaimana???


Sekian untuk kali ini.Mahu bersiap solat dan ke kelas pula.





No comments:

Post a Comment