Thursday, May 24, 2012

::RED WARRIOR AND RED DEVIL::

Assalamualaikum..

Tak boleh tidur pula hari ni ( eh bukan memang selalu tak tidur ke??) .Jadi kita update ini blog dulu la sementara tunggu azan subuh.Kalau tidur rasa nya subuh ke planet pluto la.Tak pun subuh jam berapa pun tak tau.Al maklum lah berseorangan lagi malam ni.Tambah pula tadi macam hujan mau turun, ada juga mula renyai-renyai.Guruh pun ada volume satu dua je.Nasib baik.Kalau tak memang saya tarik selimut la...Hahahhaa..
*
Berbalik ke tajuk entri, malam tadi kan ada perlawanan AFC.Asian Football Cup kot full nya AFC itu.Kalau salah sorry la.Malas nak google memalam eh pepagi buta ( pun tak faham kenapa orang biasa panggil pagi buta malam pun buta ke sebab memang pagi dan malam tu tak de mata??habis tu siang ada mata ke? )
Kelantan vs Terengganu.Jiran je tu.Dalam peta pun nampak dekat je.Satu budu satu keropok.Masing-masing ada menu kebanggaan.Nasi kerabu vs nasi dagang! Pun boleh.Keputusannya 3-2.Saya hanya tahu dari facebook update je.Maklumlah dunia sekarang ni, kadang-kadang yang duk stadium pun tak nampak gol,kita kat facebook boleh tengok gambar 8R lagi..ko mampu???Tahniah untuk Kelantan.Yeay!!!*8 terbaik katanya--suku akhir berjaya direbut tempatnya.
*
Piala FA juga milik KELANTAN musim ni.Alhamdulillah.Setahu dan melalui pemerhatian saya, berbaloilah dengan sokongan padu rakyat Kelantan yang sememangnya tidak gagal memenuhi ruang duduk mana-mana stadium di dalam negara.Tak lupa juga yang duduk di tangga juga yang setia berdiri di palang-palang penghadang tangga!(teringat kenangan g tengok bola ngan adik saya duduk di palang dari mula sampai habis game) mampu???Walaupun 1-0 ia tetap menang dan hakikatnya dah pun menang!Tahniah sekali lagi.
*
Piala apa pula selepas ini?? Harap team The Red Warrior boleh mengekalkan kejuaraan yang dimiliki dan juga harapan tinggi diletakkan untuk membawa pulang Piala-piala yang belum pernah menjejaki bumi Kelantan.
*
Buat The Red Devil @ Manchester United, walaupun gagal membawa pulang sebarang kejuaraan musim ini, kekalahan beza jaringan kepada Manchester City boleh dibanggakan.Luck tak ada la tu.Rezeki City lebih musim ni.Don't Worry!Next season RED DEVIL will COME BACK!!!GLORY GLORY MAN UNITED!
*
Ni la first 11 team Klatey....haha..yekot..

Cantik kan>>>>??

Gambar semasa penyerahan check kalau tak silap..

Gambar-gambar di atas saya google dan ambik melalui facebook The Red Warrior je.Saja buat selingan.Takde gambar macam bosan pula.

Sekian dulu ya.Ayuh bersiap untuk subuh!

GKG!!GGMU!!!

No comments:

Post a Comment