Tajuk je nak cuti.Memang nampak sangat la tak puas cuti lagi kan.Apa pun kehidupan harus diteruskan.Perjalanan hidup masih lagi memerlukan saya dan rakan-rakan kembali ke bumi Shah Alam.Demi segenggam ijazah mahupun segulung diploma juga pada yang lebih murah rezeki mereka berada di takuk sedikit ke atas dari kami penuntut degree ni, ku gagahkan jua kaki menekan clutch paddle membawa DBS kesayangan hamba.
*
Seperti rutinnya pada yang sedang bercuti, kemestian ialah berada di kampung halaman.Bagi yang gemar melancong, destinasi pasti berbeza.Bagi saya bercuti di tanah tumpah darah bersama keluarga sudah lebih dari sebuah percutian ke Taj Mahal mahupun ke Pulau Maldives.Terkadang terlintas jua di fikiran apa la yang best sangat cuti di kampung? Apa istimewanya berada di kampung? kan...jawapannya bagi saya terlalu subjektif. Cukup sekadar bertemu mata dengan kedua ibu bapa tercinta tak pun sekadar berperang mulut dengan adik-adik. < PRICELESS >
*
Sebelum pulang ke kampung halaman, bermacam-macam idea dan perancangan.Barangkali jika di listkan mau berpages juga.Alih-alih tiba di kampung katil dan tilam jua yang dicari terlebih dahulu.Al-kisahnya segala makanan yang diimpi pun boleh ditolak ketepi tatkala tilam memanggil.Hehehee...Apatah lagi bagi seorang yang mempunyai hobi tidur seperti saya.Hahaha...bagi yang dah maklum memang mereka faham sangat lah.
*
Hari-hari cuti berlalu namun kerinduan pada tilam masih tidak dapat dileraikan. Bermula dari tidur, membaca majalah, baca Quran, menulis hatta makan dan minum pun boleh berlaku dikatilku. Layan running man memang lah tak payah cerita.Kompem2 atas katil punya.
*
Hasilnya pulang bercuti di kg adalah jua. Duit habis takpe janji hati gumbira dan puas.Niatnya dari sebelum cuti nak masak-masak balik rumah.Dua hari di rumah barulah terhegeh-hegeh buka resepi.Hehhee ( malas cite die )..dan menu pilihan ialah Kroket Kentang.Saya ambil resepi ni dari blog Kak Gee. Cuma serbuk roti tu saya pakai biskut cap ping pong yang telah dihancurkan oleh pembantu dapur saya, Sue.Hehehee..yang lain sama ja. Hasilnya juga mungkin berbeza sebab tetiba adik bongsu kesayangan bersama kakak manjanya ( angah ) mengaplikasikan acuan bebola. Itu aja yang beza pun.Rasanya memang sedap dan harus dicuba. rasa macam nugget tempura pon ada. Lihat gambar di bawah.Walaupun kurang menarik kerana pencahayaan ditambah pula keupayaan camera terbatas, saya nak juga share.
Ni sebelum di celup ke dalam telur dan di tabur serbuk biskut. (biskut hancur) |
Sebelum di goreng |
Hasilnya selepas digoreng.Sos malas nak letak.Makan camtu pun boleh |
Kisah sepanjang cuti akan dikongsi di lain entri. Mahu selesaikan segala assignment yang tertangguh dulu.
Salam kembali berkuliah.
No comments:
Post a Comment