Tuesday, June 5, 2012

:: ETOK ::

Assalamualaikum...

Wahai pembaca yang budiman.Kali ni entri masih berkisar tentang aktiviti percutian saya. Skopnya juga berulang apa lagi kalau bukan pasal makanan. ( asyik makan je..diet cane??)
*
Al kisah si ETOK..apakah itu etok??
Pada hemat saya etok ni sejenis makanan laut lah walaupun ianya diperoleh bukan dari laut. Sejenis yang saya rasa satu keluarga dengan si kerang. Nama formal nya ialah lokan. ( tadi baru tau, tu pun ade member g tau).
*
Saya ada sedikit kisah tentang etok saya kawan dan kehidupan. Masih segar dalam ingatan. Cerita di bawah bukan untuk mengaibkan sesiapa ya.Sekadar berkongsi pengalaman yang saya rasa ianya satu pengalaman manis.Terpulang pada yang menilai.Tapi bagi saya tak ada apa yang memalukan pun.
*
Bermula kisah di bilik 3A Aspuri MMP tahun 2001 if tak silap.Siapa gerangan pembeli etok saya lupa. Tapi sesi makan di anggotai saya, Fiza, Kak Yah ( ketua bilik ) dan lain-lain saya lupa juga. Kami dengan rakusnya memakan etok tanpa menghiraukan orang lain yang mana ada di kalangan mereka masih janggal tentang etok.Bagaimana untuk memakannya apatah lagi untuk mendapatkan isinya dengan sempurna.Tetiba ada lah seorang kawan ni, nangis sebab tak dapat isi etok.Hancur lebur kulit etok tu dikerjakan beliau.Member tengah nangis sedih tak dapat makan etok, member lain bantai gelak. Sekali fikir kesian dua kali fikir memang tak patut lah kami gelak. Tapi at last member yang nangis pon bantai gelak jua. Lepas tu apa lagi.Tutorial memakan etok pun bermula lah.
*
Tak susah dan tidak juga senang bagi mereka yang pertama kali menikmati etok. Cara makan dia sama aja dengan menikmati kerang.Cuma kerang kalau direbus atau di bakar kulitnya akan terus terbuka.Senang nak kopek cita dia. Etok pula selalunya dimasak dengan cara salai atau boleh juga dijemur di bawah panas terik matahari. Perisanya setahu saya garam, sedikit gula melaka dan serai dan mungkin ada perisa tambahan. Kulitnya perlu dikopek terlebih dahulu untuk mendapatkan isinya. Cara nya ialah menggunakan gigi. Susah kedengaran bagi yang kurang pengalaman. Sudah cuba InsyaAllah dapat. Cara kedua boleh juga guna pisau atau pun guna kulit etok yang dah di kopek. Lebih kurang cungkil bagi terbuka cam kerang la..Itu saja.Mudah bukan??...
*
Bagaimana pula rupa etok??? Jom lihat gambar di bawah. Gambar ori bukan ciplak ye.Hehehee...Mangkuk sapa punya kaler hijau tu.Cantik.

Ni la rupa si etok!!!

lagi etok lam mangkuk comey.

Sekian dulu ya. Mau panaskan air nak layan nescafe o dulu!!!

No comments:

Post a Comment