Assalamualaikum...
....
Sesuai sangat dengan tajuk entri, perasaan ketika ini serius amat seiring dengan nya.
Sebu, sebak, terkilan, rasa bodoh dan sesekali merasakan dunia ini tidak adil.
....
Ia benar bak diwarwarkan, segala perkara yang berlaku di dunia ini tidak lari dari isu politik.
Apatah lagi politik dengan Islam, memang tak dapat dipisahkan.
....
Berbicara tentang politik saya memang terasa kerdil dan tidak layan, tapi saya juga punya pandangan dan bertanggungjawab dengan pandangan saya. Politik ni bagi saya dari sekecil-kecil hal hinggalah sebesar-besar perkara. Kecil dan besarnya perkara itu juga lain definisinya bagi setiap individu.
....
Natijah berpolitik?
Dalam dunia kecil dan terbatas saya, jelas kelihatan dan terpampang penegak kebatilan dan penidak kebenaran. Apa yang lebih terkilan ialah mereka sanggup kelihatan bodoh menegakkan benang yang basah.
Umpama berkata " si A ialah seorang pembelot dan anda melantik si A menjadi akauntan syarikat anda".
Contohnya seringkas mungkin dan saya tidak rasa perlu bermelankolik dan juga berlapik-lapik supaya anda semua faham dalam erti kata faham yang sebenarnya.
....
Bercakap memang senang bagi yang bukan bisu, melihat memang senang bagi yang tidak buta, juga mendengar memang senang jika tidak tuli dan pekak. Namun ramai yang buta mata hati, pekak telinga bisikan,malah suara mindanya bisu dalam menilai.Hanya cakap-cakap yang memang tiada makna tapi nampak bijak. Atau tidak terlalu melampau rasanya, mereka ini memang sengaja mencacatkan penilaian mata hati demi kepentingan diri sendiri.
....
Tidak dinafikan kita harus pentingkan diri sendiri.Akan tetapi dengan sikap itulah bakal merosakkan diri malah lebih teruk merosakkan orang lain dan sekaligus menutup periuk nasi orang lain.
....
Lebih teruk lagi ada segelintir manusia yang saya rasa amat dekat dengan saya, sekeliling saya, kebanyakan mereka seorang yang benar-benar pakar dalam kepura-puraan.
....
Lebih tepat lagi cakap tak serupa bikin. Salah tidak mengaku walau terang lagi bersuluh. Sangat menjengkelkan bukan?
....
Entri ni bukan nak kondem sesiapa mahupun berpihak pada mana-mana individu, ini hanya berdasarkan pemerhatian dan rasa terpanggil memberi pendapat.
....
Kalau nak maju perkara seperti di atas haru diubah.Bukan menuding jari tapi ini juga peringatan untuk diri sendiri.
....
Ingat lah wahai manusia wahai kawan.Teguran bukan mencela, hanya untuk sekeping hati yang ingin merasa secebis keadilan di dunia.
No comments:
Post a Comment