Saturday, June 30, 2012

:: Pengajaran ::

Assalamualaikum...

Terpanggil mengupdate blog sebab ada yang telah menyentuh sensitiviti saya sebagai manusia.
Terima kasih diucapkan sebab dah bagi saya idea untuk update blog ni. Bukan untuk mengutuk mahupun salah sesiapa.Tapi ini untuk kongsikan apa yang saya rasa.
....
Sebenarnya kita semua ni lupa apa tujuan kita hidup di dunia. Semuanya pernah lupa. Jangan berdolak dalih tidak mengakui kesilapan diri. Dalil : kita manusia memang asalnya bermaksud lupa. Jadi usahlah mendabik dada mengatakan dengan perkataan atau perbuatan bahawa kita ini benar belaka dan sentiasa betul.
...
Pengalaman memang mendewasakan kita. Dewasa atau tidak, matang atau tidak , memang hak individu untuk menilai, tapi bukan hak untuk menilai orang lain ya. Sebab : anda tidak pernah tahu apa yang difikirkan hatta difikir oleh kembar siam anda yang punya hati dan fikiran yang berbeza. Tidak pernah tahu sejauh mana betulnya mereka sejauh mana salahnya mereka.
...
Kawan yang terlalu baik sekalipun tidak akan pernah mengetahui apa yang tersembunyi dibenak fikiran kita kecuali DIA yang MAHA ESA. Jadi usahlah merasakan orang lain itu dan ini dan segalanya kurang dari anda. Serius bagi saya hamba yang lemah memang saya rasa anda sangat menjengkelkan. Apatah lagi ramai pula yang menyokong dan mengiakan anda. Ingatlah kalau kita tersalah menyokong mahupun mengiakan benda yang kita sendiri tidak pasti betul atau tidak atau pun hanya kita saja yang rasa betul hakikatnya salah, itu ialah satu dosa. DOSA ya! Bukan nak berlagak ustazah ke ape kat sini tapi ni pendapat saya.
...
Sebut kata DOSA sah-sah la saya pun tak terkira dosanya. Jadi tak salah kalau kita cuba berubah ke arah kebaikan.
...
Masing-masing punya hati. Aku engkau dia saya anda dan mereka semuanya punya perasaan dan semuanya menginginkan yang terbaik untuk diri sendiri. Doa saya semoga saudara seagama kita semuanya baik-baik.
...
Pernah menuding jari kesalahan orang lain.Tapi pernahkah kita fikir kenapa mereka berbuat begitu?? cuba cari dan renungkan sebabnya dan bagi saya sebelum menilai orang lain, cuba cari salah sendiri dulu. Harus ada jawapannya.
...
Jangan ingat kawan baik kita itu memberi kebaikan sahaja, yang sebenarnya kita terlupa bahawa kadang2  kawan yang terlalu baik dan sentiasa membenarkan kita tak kira apa situasi itu lah yang akan merosakkan kita suatu hari nanti. Sebaliknya cuba tanya kawan baik kita apa kekurangan kita. Pasti ada!! ITU SAYA PASTI!! dan cubalah untuk berubah dan menerima kekurangan diri. Bagi kita sebagai kawan pula jangan lah kerana menjaga hati, kita jadi tidak jujur. Itu bukan kawan tapi syaitan namanya!! Sorry to say I really hate that person with that kinda * ampu member ni!!!!
...
Bukan nak menyalahkan orang lain kerana saya sendiri pun serba kekurangan. Tapi tidak salah bukan untuk saling mengingatkan perkara yang baik. Dan harapan supaya kita semua berubah kearah yang baik.
...

Kita tidak sempurna dan bukan mencari kesempurnaan. Malah mana mungkin kita sempurna.Sekurang-kurangnya kita tidak menjadi semakin buruk dan hina.Itu sudah cukup memadai!

No comments:

Post a Comment