Tuesday, June 26, 2012

:: ANAK EMAS VS ANAK TIRI ::

Assalamualaikum...

Sekian lama dah rasa tak merapu kat blog ni. Terasa terabai plak kan. Rasa nya blog ni dah jadi anak tiri saya sekarang. Anak emas pula sah-sah la nota-nota dan report fyp saya. Sadis kan si blog ni. Tapi tak pe, akan ada masanya nanti blog akan jadi anak emas pula.

Cerita pasal anak emas dan anak tiri  : apa pendapat anda tentang definisi anak emas dan anak tiri di zaman serba moden ni?

Bagi saya : kalau dulu-dulu orang takut beribu tiri, takut kena dera. Alaaa macam dalam cite dongeng Bawang Putih Bawang Merah, Cindarella dan banyak lagi yang saya tak pernah tahu rasanya. Bagi saya la kan, dunia sekarang ni, ada juga ibu kandung yang tak berperikemanusiaan, sanggup buang anak, sanggup dera darah daging sendiri, malah sang bapa pula ada yang sanggup bergelar haruan makan anak. Nauzubillah. Ramai wanita zaman moden sekarang dah tak macam dulu, anak tiri pun dianggap macam anak sendiri kan.
...
Saya tidak pernah mengalami situasi beribu tiri tapi sudah tentu bersama ibu kandung sendiri yang mana siapa-siapa pun di dunia ini mesti merasakan ibu merekalah yang terbaik di dunia termasuklah saya. Dan saya amatlah menyokong pendapat itu kerana dia lah wanita mulia yang telah berkorban bertarung nyawa melahirkan kita kan. Tak faham kenapa ada ibu sanggup buang anak kan??? Moga terbuka hati mereka untuk berubah. Sedih tengok bayi yang terbuang dihantar ke pusat kebajikan.
...
Anak emas pula sudah tentu anak kesayangan. Bagi saya istilaah ini mungkin tidak berapa tepat jika ditujukan buat seorang individu sahaja. Macam mana kalau semua anak dianggap sebagai anak emas jadi anak-anak itu anak emasla kan?? haaa...jangan jadi celaru macam saya ye.Otak tengah weng memang camni.Ada je nak keluar teori sendiri yang kadang-kadang tahap merapunya melebihi infiniti. Tapi memang itu yang terlintas difikiran saya.So saya tulislah selagi saya rasa ianya tidak salah.Ini hanya pendapat saya. Tak paksa suh agree pun. Terpulang. Kita happy nak suh orang lain pun happy juga!
...
Saya rasa stop kat sini dulu la.Mahu study.Esok paper Thermal Engineering.First final exam paper saya semester ini. Doakan saya ya :)

Kesayangan saya.Happy belated birthday bro!!
Haaa..lupa plak..22 hb june lepas hari ulangtahun kelahiran adik lelaki saya seperti gambar di atas.
Heee..Happy birthday Cik! Along doakan semoga bahagia sentiasa! Hadiah xde! Doa je boleh.Balik nanti along masak kira hadiah la kan.(pandai ke along masak??) haaaa...lupikirlasendiri....

Sudah..sudah..sudah..brape kali nak stop pun tak stop2 jugak...boleh kira anak tiri gak ke camni? hehe...
Apa pun boleh!!
...
Sedikit coretan hati :

Sayang yang tak terucap terkadang lebih bernilai, apa,bagaimana, bila dan di mana kita juga mungkin khilaf tentangnya, tapi apa yang pasti sayangnya kita pada ILAHI haruslah melebihi segala sayangnya kita terhadap isi muka bumi.

Sayang ALLAH
Sayang RASUL
Sayang UMMI
Sayang ABAH
Sayang semuanya!!!

No comments:

Post a Comment