Friday, May 25, 2012

::SELAMATKANLAH PERJALANAN KAMI YA ALLAH::

Assalamualaikum...

Seperti entri lepas, sukacita dimaklumkan saya akan berangkat pulang ke kg tercinta iaitu kg beta hilir kesayangan hamba.Hahaha....Cadangnya nak bertolak lewat malam, tapi terasa perlu mencari sesuap nasi dulu.Jadi plan bertukar untuk bertolak awal beberapa jam.Jam 10.30pm mungkin kami bertolak dari kolej mawar ni.( kami tu saya dan bella).
*
Seharian tanpa nasi terasa macam orang London la pulak kan.Nasi kan tetap ku cari.Tapi lalu ke nak makan? ada selera ke??macam takde je.Tadi pun beli kuey teow goreng kat pasar malam 2 jam baru habis telan.Tu pun paksa je sebab takut lapar ketika drive nanti.
*
Sambil tunggu mood nak kemas barang tiba jenguk-jenguk fb ada pula yang bertanya untuk menumpang.Alhamdulillah.Ada juga driver saya lagi sorang...Dalam kesyukuran itu terselit juga rasa simpati pada seorang teman, Apex.Tadi dia mintak tolong hantar dia ke Kuantan malam ni.Emak nya jatuh sakit.Kesian la pulak.Nak tolong hantar memang berfikir sepuluh kali la.Pertama saya laluan yang berbeza amat nak balik malam ni.Ke dua tengah demam dan tak larat sangat. Ke tiga perjalanan dan ongkos bakal 2x ganda kalau saya drop dia di Kuantan. Bukan tak mahu tolong.Tapi saya pun tengah terdesak.Penat melampau.Takkan nak harapkan Bella drive sensorang pula nanti...Puas menelefon kawan2 bertanya jika ada yang boleh di tumpang.Tak ada pula.nasib memang tak baik.Adooai...Moga ada tiket untuk Apex balik esok.Mintak maaf banyak2 akak tak boleh tolong kali ni.
*
Hari ni juga semacam tak lengkap sebab niat di hati tadi nak turun bervolleyball.Alih-alih turun tengok orang main je.Ada sukan sime darby la pulak.Dorang dah tempah court.Alamatnya kami sume jadi penonton je la mampu.
*
Frust tak dapat main, terus decide nak pergi pasar malam.Beli makanan niatnya.Sampai pasar malam 2 kali pusing tengok takda benda menarik pula.Jadi hanya beli kuey teow goreng dan kerangka ayam goreng rempah juga sedikit anggur bekalan makan dalam kereta nanti.
*
Ni la rupa makanan didibeli tadi..Malas nak rotate,hehee,,,
Sekian tuk kali ni.Nak kemas barang jap dan mandi.

Selamat bercuti pada yang bercuti lah.

::CUTI TETAP CUTI::

Assalamualaikum..

Semepna cuti sambutan hari Gawai kali ini yang agak panjang, lebih kurang seminggu juga lah, saya semestinya tak kan lepaskan peluang balik kampung!!!!Yeay!!!Semangat datang tiba-tiba.Walau pun hati masih terfikir kerja yang belum selesai, tentang list nama 2nd examiner fyp II saya pon belum lagi selesai.Minta-minta lah tiada apa yang merisaukan.Moga dipermudahkan segalanya.
*
Al kisahnya balik kampung kali ini macam biasa la kena drive sendiri.Mujur kali ini ada driver spare ni ha.Hahahaa...sorry Bella. Tapi yang tak syok nya saya kena drive dalam keadaan kurang sihat.Batuk masih lagi  tak nak hilang. Selsema pun ada lagi walaupun sedikit kurang.Alhamdulillah demam dah pun kebah.Kalau tak memang tak larat lah crita dia.
*
Rutin hari ni tak buat apa-apa pun.MALAS.Biasalah hati dah kat kampung.Tak sabar nak jumpa semua kat kampung tu.( eh melampau pulak semua kan...family saya je la) Jumpa orang lain kang lain pulak ceritanya.Kang ada yang tersakit hati ke apa ke.Baik elak.Ye tak??
*
Niat di hati nak kemas-kemas barang pagi tadi, tapi di sebabkan al malas nya amatlah amt maka proses mengemas hanya bermula jam 4ptg.Banyak juga barang yang rasa perlu dibawa pulang.Maklumlah kan semester akhir dah ni.(doakan saya grad sem ni ya).
*
Check list barang yang perlu dibawa pulang belum lagi terbuat.Macam lah memori bagus sangat kan checklist pakai ikut kata hati dan apa yang terlintas je.kang ada lagi barang yang tertinggal nak dibawa pulang.
*
rindu sama ini budak !

Tadaaa...Jom kita layan volleyball dulu seround!!!



Thursday, May 24, 2012

::RED WARRIOR AND RED DEVIL::

Assalamualaikum..

Tak boleh tidur pula hari ni ( eh bukan memang selalu tak tidur ke??) .Jadi kita update ini blog dulu la sementara tunggu azan subuh.Kalau tidur rasa nya subuh ke planet pluto la.Tak pun subuh jam berapa pun tak tau.Al maklum lah berseorangan lagi malam ni.Tambah pula tadi macam hujan mau turun, ada juga mula renyai-renyai.Guruh pun ada volume satu dua je.Nasib baik.Kalau tak memang saya tarik selimut la...Hahahhaa..
*
Berbalik ke tajuk entri, malam tadi kan ada perlawanan AFC.Asian Football Cup kot full nya AFC itu.Kalau salah sorry la.Malas nak google memalam eh pepagi buta ( pun tak faham kenapa orang biasa panggil pagi buta malam pun buta ke sebab memang pagi dan malam tu tak de mata??habis tu siang ada mata ke? )
Kelantan vs Terengganu.Jiran je tu.Dalam peta pun nampak dekat je.Satu budu satu keropok.Masing-masing ada menu kebanggaan.Nasi kerabu vs nasi dagang! Pun boleh.Keputusannya 3-2.Saya hanya tahu dari facebook update je.Maklumlah dunia sekarang ni, kadang-kadang yang duk stadium pun tak nampak gol,kita kat facebook boleh tengok gambar 8R lagi..ko mampu???Tahniah untuk Kelantan.Yeay!!!*8 terbaik katanya--suku akhir berjaya direbut tempatnya.
*
Piala FA juga milik KELANTAN musim ni.Alhamdulillah.Setahu dan melalui pemerhatian saya, berbaloilah dengan sokongan padu rakyat Kelantan yang sememangnya tidak gagal memenuhi ruang duduk mana-mana stadium di dalam negara.Tak lupa juga yang duduk di tangga juga yang setia berdiri di palang-palang penghadang tangga!(teringat kenangan g tengok bola ngan adik saya duduk di palang dari mula sampai habis game) mampu???Walaupun 1-0 ia tetap menang dan hakikatnya dah pun menang!Tahniah sekali lagi.
*
Piala apa pula selepas ini?? Harap team The Red Warrior boleh mengekalkan kejuaraan yang dimiliki dan juga harapan tinggi diletakkan untuk membawa pulang Piala-piala yang belum pernah menjejaki bumi Kelantan.
*
Buat The Red Devil @ Manchester United, walaupun gagal membawa pulang sebarang kejuaraan musim ini, kekalahan beza jaringan kepada Manchester City boleh dibanggakan.Luck tak ada la tu.Rezeki City lebih musim ni.Don't Worry!Next season RED DEVIL will COME BACK!!!GLORY GLORY MAN UNITED!
*
Ni la first 11 team Klatey....haha..yekot..

Cantik kan>>>>??

Gambar semasa penyerahan check kalau tak silap..

Gambar-gambar di atas saya google dan ambik melalui facebook The Red Warrior je.Saja buat selingan.Takde gambar macam bosan pula.

Sekian dulu ya.Ayuh bersiap untuk subuh!

GKG!!GGMU!!!

::SEDIKIT SAHAJA UNTUK KALI INI::

Assalamualaikum...

Pada entri lepas saya ada selitkan cerita pasal saya baca blog Kak Moon yang ada cerita Norma dan keluarganya tu.Hari ni plak saya ada terbaca blog Kak Moon jugak dan blog sorang lagi ni nama dia Azie, yang memaklumkan bahawa Norma sudah punkembali ke rahmatullah.Apa-apa pun yang kita lakukan bagaimana besarnya sayang kita pada keluarga kita, kasih Allah itu melebihi segalanya.Allah lebih sayangkan Norma.AL-FATIHAH buat arwah.Semoga jannah untuknya dan jannah untuk kita semua.Amin.
>>INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI"UN>>
*
Buat masa sekarang banyak juga yang terasa belum dikongsikan ceritanya di sini, tapi kalau dah mula menaip rasa macam tak lengkap je jika entrinya hanya sekadar secubit kisah.Jadi saya tangguhkan dulu entri-entri yang dah dicreatekan dalam benak fikiran ni.Terluang nanti saya update.
*
Lately juga keadaan semasa sedikit celaru dan kucar-kacir.Dengan test dan assignments yang sedang bermusim.Dengan batuk yang masih berbaki.Muka mula menunjukkan dwi-tone.Panas-panas bahang pun masih bersisa.Ada juga masalah yang merisaukan saya masih belum selesai.Doakan lah semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang.Apa pun perancangan saya tidak mungkin mengatasi perancangan dariNYA.Moga perancangan ALLAH seiring apa yang saya hajati.
*
Semalam juga saya dapat berita seorang sahabat bernama Yolisyafiqa baru sahaja selesai menjalani pembedahan keluarkan ketumbuhan dalam perut.Ini pun saya hanya tahu setelah selesai pembedahan.Sekalung terima kasih buat sorang lagi kawan lama ( kira lama la kan sebab kenal dari penang lagi),Zikri yang memberi info ni.Syafakillah untuk Yoli.Doakan semoga kawan saya ni cepat sembuh ya.Kami dah tak lama lagi nak peperiksaan akhir semester dan ada presentation final projek pula,Moga kami diberi kekuatan untuk menghadapi segala kekusutan yang melanda ni.
*
Eh tadi kata sedikit je,Terbanyak pula kan.Alhamdulillah untuk hari ini, yang lepas juga yang bakal mendatang.Yang lepas tidak terbilang.Hari ni pun tak terkira nikmat yang ALLAH beri.Akan datang tentunya ALLAH tidak pernah melupakan hambanya walaupun hambaNYA seringkali melupakanNYA.
*
Hari ni makan nasi beli kat pasar malam.Beli juga anggur untuk pembersih mulut.Air pula neslo ais room made.hehe..sedaplah juga.
*
Ini menu berbuka semalam ( selasa).Cadang hari  ni (rabu)nak puasa lagi tapi tak terjaga sahur pulak.
*saya tak boleh kalau tak sahur.kompem buka puasa di tgh hari tak pun sbelum tgh hari dah muntah! 

Ini menu tadi beli kat pasar malam..je..lebih kurang je menu kan..da memang itu je yang saya selera buat masa ni...hehee...yang atas lagi best.*nasi
Done for today.Will update more.Enjoy your life.Share your love.Heart your self.Don't forget ALLAH!!!

Selamat bersahur buat yang puasa hari ni ya. (dah khamis kan?)

Tuesday, May 22, 2012

::HASIL BACA BLOG ORANG::

Assalamualaikum...

Blog walking (baca blog orang) eh ade ke blog arnab ke blog itik ke??i means any animals yang maintain a blog?? ade ke???hahaa...ok dah mengarut dan merapu. Tadi jam 1600 saya balik dari kelas.bergegas solat zuhur.(terlewat pulak hari ni dan jangan tanya).Tengah tunggu azan asar borak-borak la ngan rumet kejap.seharian tak jumpa kan???hahahaa...tadi jumpa pon saya tidur die tengah bersiap.Memang takde nak borak la kan. Sambil-sambil borak jenguk la blog dulu.Nak terjah facebook lembap pulak.
*
Buka je blog trus baca blog sorang akak ni. Name die Kak Moon.(link blog dia sila klik nama beliau ok).
Dia baru je update pasal kisah norma yang bagi saya agak memotivasikan diri lah.Mane nak cari orang setabah keluarga dorang kot!!!Lepas baca saya komen plak kat situ.Selalunya saya baca aje.Jarang nak komen.Tetiba hari ni terpanggil nak bagi pendapat.Dan terkomen lah saya di situ... Blog akak ni saya start baca bila pun saya tak ingat tapi seingat saya tak ada sapa-sapa suggest pun, tapi saya tertengok link ni kat blog mane entah.Lupa lagi.
*
Semalam pula terbaca blog Fatin Liyana ni ha.Mesti anda semua dah follow blog dia kan.paling tidak pun pernah dengar nama blog dia kan?? kalau tak tak pe lah.Saya suggest kan link dia kat sini.( klik nama beliau) Hehehe...Topik dia yang latest is " rutin saya.Anda bagaimana?"..aaaa..lebih kurang camtu lah..malas nak copy link..Senang dan mudah terus je follow blog beliau ni. Baca rutin dia,macam best pulak rasa dan terpanggil nak jawab soklan dia tu.Tapi saya punya rutin yang tetap kah?? Paling tidak pun 80% sama setiap hari kan..Baru boleh kira rutin. Saya punya rutin hari2 yang saya rasa mungkin sama ialah main volleyball petang-petang.(solat tak payah cerita la,,,mandi ke gosok gg ke makan ke) tapi waktunya memang sentiasa berubah-ubah.Lari jauh pulak selalunya.(hahaha..keji kan?? unorganized)..Ok dah tentang rutin saya.Lain kali kita cerita panjang.Sebelum terlupa blog Fatin Liyana ni saya start baca after being suggested by one of my friend yang skg ni study kat Glasgow. ( eh betul ke eja ni?? ape ape je la yang penting boleh dapat maksudnya )jangan kata kat Gemas pulak sudah la.Nama kawan saya tu Ana.Nama panjang lupa la pulak kan.
*
Done for now.Asar dulu kawan-kawan!!!!Pasni nak turun ke court volleyball pula.Pastu kita siap-siap nak g beli makanan tuk berbuka plak!!!
*
Gambar?? Haruslah ada walau takda kaitan sekalipun kan.

Nak ber blog walking tak perlu la pakai kasut camni kan..Selipar pun tak payah.apatah lagi sandal.Kalau nak pkai stokin sebab sejuk lam bilik tu silakan la...hahhahaaa
Selamat ber blog walking ye semua :) baca banyak tahu banyak berubah pun try la banyak ke arah yang baik-baik ya.

Salam

::REJAB 1433H::

Assalamualaikum...

Lately banyak pula dugaan menimpa. Bermula dari mimpi tatkala tidur di petang hari. Tafsiran mimpi tu pulak agak kurang senang untuk dikongsi bersama.Apa pun saya cuba mengenakkan hati sendiri dengan berpegang pada 'mimpi itu hanya mainan tidur' ' syaitan je semua tu sebab saya tidur waktu yang agak tidak elok' ( bukan agak tapi memang tidak elok la rasanya ).Tertidur al kisahnya. Not purposely siap-siap untuk tidur dan itu bukan kebiasaan bagiku.

Biasalah lumrah manusia fitrah kejadian yang punya akal yang waras dan anggota yang sempurna kadang-kadang lupa akan hakikat kita ni manusia tidak pernah lari dari kesilapan.Tidak pernah terlepas dari pelbagai ujian dan cubaan.Bukan untuk merosakkan diri malah bakal mematangkan fikiran dan paling tidak pun ianya adalah suatu pengalaman yang tak akan boleh dibeli dengan wang ringgit hatta ditukar dengan sebiji banglo atau sebuah kereta.

Mulut mengatakan redha.Hati pula bagaimana? Ikhlas kah redha itu? Sebut pasal redha dan ikhlas terkadang ralat juga diri ini.Terdetik juga di benak fikiran mengapa terjadi segala masalah? mengapa perlu ada masalah? kenapa saya yang terpilih? --- Mujur lah iman senipis kulit bawang masih membantu meleraikan segala persoalan. Berbalik kita pada ajaran Al-Quran dan Sunnah, nescaya tidak akan ragu dan sesat di jalanNYA.

Jujur ku katakan hati ini terkadang mengeluh, jiwa dan minda bersatu mengatakan penat dengan segala ujian dan kesakitan ini, badan pula cuba menafikan, akal sering kali terabai tatkala tibanya sakit, namun bangga dan tersangat bangga jua ingin ku titipkan di sini, bahawa diri ini bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang ku panggil Ummi. Terasa berputus asa dialah pembakar semangat, terasa kerdilnya diri dialah pemberi motivasi walau motivasinya mungkin hanya sekadar fantasi, dia lah penguatku.Dialah pendorongku.Benar sungguh kata-kata bahawa kasih ibu sampai ke syurga dan layaknya jugalah diibaratkan syurga itu di telapak kaki ibu.

Pernah dulu diri ini seakan tidak menyenangi hadirnya Ummi.Terasa terkongkong terasa cemburu dan tidak senang dan bermacam lagi hanya kerana leteran seorang ibu.Oh alangkah bodohnya diriku menilai.Namun kasih sayang dan rahmat ALLAH tidak pernah menjauh.Sesungguhnya diri ini bersyukur kerana tidak hanyut dalam bisikan syaitan itu.

Kerap kali juga hati termenangis mata mengalirkan airnya apabila terkenang kebodohan lalu.Betapa ceteknya diri berfikir dan menilai. Syukur jua pada ILAHI kerana membuka mata menyedarkan akal ku agar tidak terus berada dalam kebodohan itu.

Malah acap kali juga nafsu membisikkan ke hati mengatakan yang benar itu salah.Seraya menjawab segala leteran si ibu. Alhamdulillah kesedaran masih ada.Tidak lagi hanyut kerana nafsu jahat dorongan syaitan yang sentiasa menghantui anak cucu Adam.

Ya ALLAH yang maha segalanya, hambamu ini terlalu lemah dan hina. PadaMu jua ku memohon agar segalanya berpaksi kebenaran. Ku bermohon jua agar ditetapkan imanku.Peliharalah agama ku dan agama seluruh saudara seagamaku.Kasihanilah kedua orag tua ku seperti mana mereka mengasihi ku sewaktu kecilku.Kurniakanlah kesihatan dan kebahagian yang hakiki kepada kedua ibu bapaku selayaknya mereka.
Berikanlah kesihatan yang baik kepada ku dan kedua ibu bapaku agar kami bisa berjihad di jalanMu dengan cara kami sendiri berpandukan hidayahMU. Hamba mana yang tidak pernah mengimpikan JannahMu. Hamba mana jua yang tidak pernah ingkar kepadaMu melainkan mereka yang terpilih.Namun diri ini jua masih percaya akan kemaghfirahanMu dan kasih sayangMu yang tidak pernah ada penghujungnya.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
*
Eh terpanjang pulak entri ni.Nak cerita pasal bulan Rejab je pun, alih-alih melalut. Apa-apa pun yang berlaku dan tertulis di atas hanya sekadar perkongsian rasa sekeping hati. Terpulanglah bagi anda, membaca atau tidak, saya tak paksa.... Sekadar senyum penutup bicara tinta berteknologi ini. :)
Sedekah tuu....Jom senyum!!!
*
Dan JOM PUASA.Hari ni kan satu Rejab.Banyak kelebihan bagi orang yang berpuasa hari ni kan.tak perlu lah saya nak bagi kupasan pulak kat sini.Kena cop ustazah rock baru padan muka kan???...hehehe..Senyum sorang-sorang lagi. Takpelah kan.Kira sedekah untuk diri sendiri.
*

Ni menu sahur semalam.Anda pula bagaimana???


Sekian untuk kali ini.Mahu bersiap solat dan ke kelas pula.





::SI RUMAH SAKIT::

Assalamualaikum..

Rumah sakit? mesti ada yang dah boleh agak apa maksudnya kan. Ini adalah direct translation dari bahasa melayu ke bahasa omputeh ( tak paham kenapa orang eropah dikenali ngan name omputeh kat Malaysin ni padahal orang kulit hitam juga berasal dari sana kan??? ).Apa-apa jelah.Kita ikut kebiasaan orang panggil la kan senang nak sampai maksud la cite die.

Eh belum tulis lagi la maksud rumah sakit tu in english nye is homesick! Yeah!! I am totally tak malunya admit tengah la sangat nak balik kampung ni ha. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab Shah Alam ni membosankan dan dikelilingi mereka yang tak best aje.Yang best pon ramai tapi masing2 sedang sibuk lah.Dengan kerja universiti nya, makcik cleaner dengan sibuk menbersih dan mencuci nya, pak guards pula biasalah kadang2 friendly kadang2 mak ai garang ( xde la sangat pon).Tak pe, saya faham la pak gad pun kadang2 pon stress jugak kan.(stress ke?).Tambah pula kena yang bertugas tengah panas terik lagi sadis.Tak pe la kan.Itu cara masing2 cari rezeki yang halal.
Gambar ni da post kat fb tadi..malas nak taip caption panjang2 ualng cerita sama.Ni  je ade.Takkan gambar cleaner dan pak gad pon nak post jugak kan.


Kawan-kawan pula tak usah cakap lah, memang semestinya sangat la sibuk.Contoh : room mate saya. Ni pun saya alone je dalam bilik.Kalau dia ada, ade la jugak teman berborak, tapi apakan daya dia sekarang ni musim tengah laku nak jadi artis Mandarin.( hahahaa : sori wani ).Al kisahnya ialah room mate saya (rumet je la senang ) ni sibuk esok nak kena hantar skrip mandarin. Nak tolong tak larat pulak. Lupa pula nak bagi skrip yang lepas2.Entah ade lagi ke tidak lam simpanan saya pon saya tak tau.Nak mencari satu hal...( sume tu hanya alasan ). Tak pe lah.Ni pon saya faham juga. Kadang-kadang jeles juga dengan rumet saya ni ha.Rajin semacam je.Asyik study je saya tengok.(dah habis tu kalau jeles tak reti nak tiru ke???)kuang3..kena balik.
Ni la rumet saya.


Habis tu nak borak ngan sape??? Tak kan la tetiba nak borak dengan makcik or pakcik or abang or kakak yang kat food court (DC) tu??? tak ke pelik pula orang fikir kan?? ye tak??Sikit-sikit boleh la.Kang tetiba pulak ajak dorang lepak ke tengok wayang ke main bowling ke atau pun paling tidak ajak teman makan kat DC tu.Tak ke kena bambu atau pun paling cikai kena gelak? Paling sadis pula dicop gatal atau terdesak??haaa///sape nak jawab.. tak kuasa nak layan.Layan running man lagi bagus.

Adik-adik takde ke??
Saya jawab: ada la.4 orang lagi. Tapi adik2 saya ni ha yang sorang tu memang la sangat busy nye.Tengah kursus katakan. Nama pun renjer.Citer die dalam hutan la kan.Tambah-tambah skg ni masih junior katanya. Baru posting.Tapi baru-baru pon kepten juga la kan ( along bangga neh!!!). Pastu adik saya yang sorang ni juga jenis pendiam bertempat die macam mana entah.Prinsip hidup dia macam ni la lebih kurang ' buat benda perlu dan penting sahaja'. Barangkali lah ye.Agak je ni. Ok dah tak tau nak describe macam mana perangai dia dan betapa busy nya dia.Paling senang kamu semua boleh nilai sendiri melalui kisah di bawah...
*
Pernah tak kamu semua mengalami apabila kamu sms seseorang berpage2 paling kurang 3 page dan tanya paling kurang tiga soalan dan wish paling kurang satu ucapan lah. Dan di reply as short as "too".??? pernah???( nasib die tak tulis short form bernombor 2)...Ni bukan pengalaman saya tapi pengalaman adik saya (Nasyrahah ) dan ummi saya.Mungkin juga makcik saya aka Sue pernah alami.
Ni dia orangnya

Ni sewaktu bertauliah beliau di sg besi

*
Yang perempuan pula ada 2 orang dan sekarang mereka tengah bercuti di rumah ( ini yang malas nak call dorang kan jeles pulak). Yang sorang sedang sibuk uruskan passport dan visa untuk sambung belajar bulan September nanti. ( citenye nak sambung blajar kat Mesir). Pastu pulak yang ni jenis suka masak dan buat kek ke donat ke ape jenis makanan la lagi kan, then dorang sibuk crita kat saya masak apa hari ni, makan apa hari ni dan bla bla bla...Tak larat nak meleh ayaq liuq baq hang!!!


yang no 3 tu yang pakai tudung paling labuh ( ustazah )..tak clear palk pic ni...adus..

ummi abah su angah na n mok muda..nenek sedara saya

Time ni g ambik sue balik dr mengerjakan Haji..Sue kat depan tengah2 tu...pakai jubah


Ummi

with Sue

*
Yang sorang lagi pula sibuk apa tah.Asyik sms saya suh balik kampung je sebab nak ajak g jenjalan.( dia nak drive sendiri tak confident katanya )>lagi sorang buat saya jeles.Citenye dua-dua kat kampung sorang tukang masak sorang tukang makan.Pastu takkan saya nak jadi tukang terliur pulak kan????
*
Si bongsu pula msg suh download cite segala macam.Game la ape la.Tanya ada game best2 ke tak.Die tak tau akak die yang sulung sorang ni busy tak hengat! Tau pulak die akak die ni pulak jenis stok2 tak boleh tgk game lam lappy orang lain mula la sibuk nak copy pastu game tu jadi macam kena masuk lam freeze tak pun dah macam diwartakan sebagai harta simpanan semata-mata.Tau pulak dia kan? Tapi bese la budak2...budak lagi ke umur da 14 tahun lah..( tapi penakut tidur nak kena ada teman..hahahaa)..eh lupe nak habaq : yang bongsu is a hero!!!
*
Sedara mara takde ke??
Kalau nak cita sedara, ramailah.Bukankah setiap muslim itu bersaudara kan??...ke situ pulak. Jiran??
Jiran memanglah ada. Tapi tahap kebizian jiran juga kadang-kadang kalah perdana menteri Venezuela kot.
Jiran di kampung usah cerita.Jiran bilik ni pon nak terserempak sekali sehari pun susah apatah lagi nak ajak minum kopi ke ape ke.Nak ajak makan coki-coki bersama pun tak sempat.( ade ke orang ajak jiran makan coki2 je???)..itu je mampu nak buat cemane kan.
*
Eh lupa lagi.Abah takde ke??? ade lah!!! sape kate takde.Tapi tak ke pelik setelah sekian lama tak bergosip ngan abah tetiba call borak2.Mesti la abah terkejut itik plak kan...paling tak seronok takut abah terpikir anak sulung die ni buang tebiat.Haruuuuu....Padahal dulu semua pun mesti abah yang tahu dulu,Ummi jadi no 2 pulak..Terbalik..huwhahaaa....
*
Dah!!Dah!! Macam panjang sangat je entri ni.Nak bagitau homesick sampai berjela.Hahahaha...itu la penangannya kan.Gambar malas nak edit satu2 letak bawah cerita.Baca caption je la ye.Tu pun kalau sudi.
*
Selamat Pagi saya kelas pagi.Ahhh..malas dan tak suka.Tapi kena pegi jugak...kelas jangan ponteng ye.
*
Sekian dan selamat bersahur sempena satu REJAB.



Monday, May 21, 2012

::PESAN PADA HATI::

Assalamualaikum...

Tajuk entri tercetus tatkala hati terasa gundah gulana.Jiwa terasa kosong.Minda pula berat berbicara seiring dengan gelodak perasaan yang bercampur baur yang memangnya sukar dimengerti oleh si pemilik hati pinjaman dari Ilahi ini. Sesungguh hanya DIA yang lebih mengerti hati ku dan juga hati sekelian ciptaanNYA tanpa ragu dan gagal.

Pelbagai dugaan yang sememangnya berbeza juga barangkali mungkin sama akan tetapi pendekatan mengatasi beserta cara menangani tidak seia sekata.Ku harapkan dugaan ini menambah kekuatan jati diri malah jua meningkatkan daya imaginasi dan juga ketabahan hati.Ku harapkan segala yang berlaku bakal mengubah persepsi manusia di bumi yang tidak pernah kenal dan tahu akan pengalaman ciptaan lain malah mana mungkin mengalami sama situasi.Paling diingini juga diimpi adalah kekuatan IMAN yang dicari.

Bukan niat mahu mengeluh.Ini sekadar luahan hati yang kadang-kadang saya rasa perlu.Barangkali ada yang mengatakan dan mempersoalkan mengapa perlu meluahkan di blog bahkan mungkin ni laman muka buku atau paling tidak di atas sehelai kertas?? Kenapa tidak terus memohon dari ALLAH?? -- Jawapan saya untuk itu sudah dan memang akan senantiasa memohon dariNYA kerana saya sedar siapa saya di sisi NYA siapa saya di dunia. Tapi ini mungkin cara saya untuk menyelesakan diri tatkala tangan dan badan sibuk mengadap komputer riba, fikiran celaru jari menaip laporan projek akhir tahun dan banyak lagi yang sukar di bicara di sini.

Pesanku pada hati :


  • Jadilah diri sendiri
  • Berubahlah walau sedikit
  • Ambil masa untuk diri walau sejenak
  • Jangan pernah lupa akan hakikat hidup walau sedetik
  • Kuatlah dan tabahlah wahai hati
  • Sakitku ini sebagai penghapus dosa bekalan ke dunia abadi
  • Jangan pernal lupa ummi sentiasa mendoakan anaknya
  • Jangan pernah lupa abah jua sering di belakangku jua didepan malah sentiasa setia di sisi ku
  • Andai mahu menangis,silakan lah.Tapi jangan sampai merana jiwa.Air mata hanya sekadar meluahkan yang terbuku
  • Hidup mana dan hidup siapa yang tak ada dugaan, bak bumi mana tak ditimpa hujan
  • Hidup ini hanya persinggahan
  • Jangan pernah menyesali apa yang berlaku
  • Jangan pernah persoalkan ujian yang melanda
  • Jangan pernah lagi ada benci dihati
  • Jangan sesekali lupa bahawa diri ini dijadikan dengan hati yang kuat otak yang sihat minda yang bijak akal yang waras
  • Paling penting saya harus KUAT dan terus KUAT.
Terlalu banyak pesanan pada hati. Juga sukar untuk tertunai

Ingatlah wahai diri-->

Sakit ini hanya sementara dan jangan pernah putus asa.
Jangan biarkan syaitan terus menguasai minda.

AYUH KITA LAWAN MUSUH ALLAH JUA MUSUH KITA ITU!!!

ALLAHUAKBAR!!!
LAILAHAILLALLAH!!
MUHAMMADARRASULULLAH!!!

Sekian dari hati seikhlas budi

Sampai ketemu lagi

Salam



::DAH NAK JADI, APA BOLEH BUAT ::

Assalamualaikum...

Hari ini terasa bersemangat nak berblog tapi keadaan kesihatan kurang memuaskan. Tekak masih terasa pahit dan berpasir. Hidung mula menunjukkan belangnya asyik nak banjir aja. Kadang-kadang tersumbat saluran rasa macam lemas pun ye jugak. Mata usah cakap lah, layu dek kerana kepenatan. Kaki masih normal, manakala tangan dan jari sakit-sakit dek kerana terlanggar member tengah digging semalam ( sabtu ).Kepala so so aja, haaa...tang muka yang nak dikhabarkan sebenarnya ni, merah mak ngah you all. Blusher original saya dapat semata-mata berkhidmad untuk kolej mawar ni ha.( bajet putih sangat kan nak kena panas skit merah tapi ini serius ok!)..Pedih da satu hal kang esok lusa legam la jawabnya.
*
Kesimpulannya saya sudah demam. Risau pun ada sebab kalau dah encik demam ni mula menemani saya, memang muntah tu wajib. Buktinya tadi sebelum final match bermula sudah bermuntah kat tandas pusat sukan. Mampu?? tetiba aja boleh muntah.Itu tandanya saya sah demam.Oh tak suka! tapi bukan ke sakit tu penghapus dosa kecil.Jadi redha je la.Nikmat sihat dah lama saya rasa, jadi demam sikit tu kira ok la kan.Harap-harap tak berpanjangan lah demam ni.Tak selesa dan rimas serta risau kang menyusahkan member pulak nak kena usung pegi hospital. Eh! sebut je hospital rasa macam dah ok sikit demam ni ha...( ahhahaaa)..Boleh?
*
Perut pulak mintak di isi.Nasib baik tadi pergi Giant s13 sempat shopping ( boleh la kira shopping ) roti choc raisin dan anggur. ( bahasa kelantan panggil woh zabit jah ). Bekalan maggi pun rasanya masih banyak. Begitu juga stok nescafe masih boleh berbangga. Tapi mulut dan selera rasa nak makan tomyam pulak..Cemane??mane nak cekau?? malam2 buta ni. Esok2 je la.Sabar.Sejak bila pulak nak manja-manjakani pulak ni???adoooai...time2 demam camni kalau duk rumah kan best?? ummi masak kan best??? aaaaa..sume pun best lah kalau kat rumah! Tak sabar nak balik minggu depan. Tapi hari rabu ni test tak study lagi ni.Grrrr..baru terasa banyak kerja. Tu lah, before ni enjoy je. Enjoy ke??? agakla kan.Minggu lepas aje layan karaoke sampai berkali-kali nasib tak terlayan bowling. Lepak ngan member pulak memang malas nak kira.Almaklumlah musim konvo member pulak ramai opkoslah nak jumpa.Bila lagi kan?? kang lepas ni semua dah busy dengan life masing2 memang harapan lah nak jumpa.
*
Ini belum cerita pasal bergambar. Tak kira panas ke hujan ke tengah alam ke bila setahun sekali dapat camera memang tak ingat lah kerezi nye kan. Pulak ngan member2 yang sengal ( gedikje).
*
Entri ni kisahnya nak habaq tak sihat je.DEMAM la senang cerita.Jadi sebelum hidung mula banjir tekak pun terasa geli dan perut pun menyanyi-nyanyi saya mau bergegas makan lah.Selingannya ada juga la gambar kan.Kata pun suka bergambar.Eh ada cakap ke?? bila??? hahaaa...
*
Sebelum berpanas

setelah berpanas terik

Kompem esk lusa gelaplah mukaku..dan pedih2 makin terasa.Sah demam!

Ok dah. Kang masuk air banjir hidung pulak laptop ni. Tak kuasa nak repair2 lagi. Sekian.
Eh lupa : doakan saya cepat sihat ya :)

Salam celaru hati tak tenang!

Moga hati ni tenang dan tidak kusut lagi.

Sunday, May 20, 2012

::SIMPLE CELEBRATION WITH BUDDIES::

Assalamualaikum...

uhuk uhuk uhuk uhuk...( coughing and coughing non stop ) is the best starter to this entry, not so comfort with this situation but then people say it was the CREATOR's way to show His love to HIS creatures. Then I accept this as the kifarah ( penghapus dosa).
*
Life must go on even you think nobody is care about you like what i am feeling right now. May be I feel alone because my room mate was not here. She is helping her course mate with their tomorrow event. This moment, i am alone again and it was a very bored night as usual. Whether me or her sometimes we often being alone in the room. When I am staying outside at friend's house, then she will be alone and the other side is like tonight, it's my turn! Never mind as long as I can have online chatting with friend or when the internet coverage is slow and sometimes being no internet access at all, I still manage to watch some movies in my collection which normally i don't ever have free time to watch. Sometimes i just realize that i do have certain movies in my lappy but i never watch that and just realized when i was at home town. Busy is the best word to describe why the collection of movies remains called only collection.Weheheee..
*
Despite being busy with classes and thesis as well as assignments ( well! it was normal for a person named student! ), i still have precious time to spend with buddies after Syidah's convocation. The celebration continued  with late lunch and ronda-ronda Shah Alam I guess!
*


Going out for late lunch

kena paksa

konon malu

syidah and her lil bro

Chicken rice at s9 after ambik jubah a day before convocation day

at night before the big day...crazy friend

Mine was Nasi goreng Tomyam...DC je mampu

Nasi goreng ayam kunyit telur mata..Hambik!

Also a day before.Going to JJ bukit Raja (now AEON ) for convocation shoes.

We have nasi ayam at the food court for our lunch!

Convo day.At wong solo s7
Nonie at wong solo

Grilled chiken

Pecel lele namenye...( lele tu ikan keli la kan) u knew it better

Done for now. Convocation cards in the making for EM220 convocation today! Will update soon about today's convocation. Wish to have another blissful day with great weather.Oh Mr sun don't be so arrogant ya!!! Today is more than enough :)

Salam sejahtera semuanya.

Miss you miss all!!!

:: SYIDAH'S CONVOCATION ::

Assalamualaikum...

Last entry I promised to update two entries but then since the internet is very very slow, the uploading process being distracted and it was totally sucks!!! Today again promise to update as many as i do have time and great story of mine to be shared here.

This entry will goes to my best friend's convocation! She is NURUL SYAHIDAH BINTI REMALI who is my ex-school mate in MMP. Alhamdulillah, she is graduated with the first class honor and the most important thing is she don't have to pay for the loan. ( wish to be like that but surely i will not ). Oh forgot! She is the graduated   student of fashion study and the exact course name is I never know bout that! haha...sorry...

The convocation day is on 15th May 2012 ( the first session means in the morning ).

The day is Tuesday and i got classes on that day. It was so uncomfortable to me ( + got some flu and cough)  when i need to attend classes and at the same time need to entertain may best buddies on her big sunny day. But thanks to GOD i manage to attend classes without failed which is normally i failed in doing this. Hahaaa..(teruk kan??)
*
My first class on that day was at 830-1030 a.m. By 1030 a.m I need to fetch my another best friend (NONIE) at Padang Jawa KTM's station. The class ends earlier as it was ended because my lecture got meeting after that class. Then suddenly my hp vibrated with a message appear on the screen. " Seh, I surely got late because I have something urgent in the morning". So i decided to have brunch alone. Out of class walking to the food court, i met Amir my course mate. He ask me to accompany him to send his final year project draft and i just follow. It's his time and my time will come which is I am surely ask him to accompany me to do the same. Hahahhahaa...That is what a friend for right???
*
After that i had brunch with Amir at DC. ( again and again at DC because it was the cheapest food court right here in uitm shah alam i think )
*
Then I back to my room to change clothes and make some room keeping.Hehehe...lipat baju.
Feel very sleepy after brunch. I am about to fall asleep when my Nonie call and told me she will be arrived after 2 stations. ( tak jadi tdo...sepoillll )hahahaa...sorry nie..kekeeee
*
Fetch Nonie and go to Syidah's convocation!
*
Then the pictures will story the rest.
*


Syidah and her brother and her Abah

Her siblings

This is shasha my volleyball friend



Us

Rani also my volleyball friend





Met mama zati. A friend of me :)














Syidah's friends



~US~ friends forever till Jannah :)

That's all for now.This is only one third of the pics taken on that day. (gila camera).

Tadaaa..Happy Graduated My Friend!!!

Salam dream of my own convocation day! Soon this year InshaAllah!