Kali ini kita bersiaran dari Pulau Pinang. ( first time update blog kat Penang).
...
Syukur yang amat setelah hampir empat tahun meninggalkan bumi Penang dengan pelbagai kenangan yang mengajar saya menjadi saya sekarang juga tidak kurang kisah yang kurang enak. Apa pun ia, itulah namanya kehidupan. Dan selagi hayat masih ada akal masih sempurna adanya, tidak akan saya lupa siapa jua yang pernah hadir dalam kamus dan buku hidup saya di sini( Penang).
...
Dari permulaan sampai akhirnya diploma, orang yang pertama dan terakhir ku jumpa di sini, terima kasih atas segalanya. Bukan tidak pernah melawat Penang sebelum ini, tapi inilah secara rasminya saya memulakan lawatan yang bernama sebuah percutian yang tidak terikat dengan kekangan masa. Hambatan masa ada jua, tapi pengisian yang mendatang yang dirancang masih punya ruang untuk saya menerokai struktur baru di UiTM Penang. Mula dari adat, hinggalah sekecil2 perkara yang impaknya cukup memberi kesan. Kesan di mata juga di hati.
...
Kenal erti kawan dalam konteks dunia universiti, kenal erti bercinta ( monyet n ayam) pun di sini. Betapa luasnya pengertian yang masing-masing tegak dengan pendirian sendiri, juga tidak kurang mereka yang masih punya hati murni.
...
Dunia baru bedanya dari dunia kanak-kanakku. Matangkan diri terasa seakan wajib, namun ia membutukan waktu. Alhamdulillah semakin lama, semakin kenal akan diri sendiri. Terkadang terpura-pura dan terkadangnya perlu bermuka-muka, buat baik pun salah, buat salah apatah lagi, diam pun diusik, manisnya dipuji. Bermacam ragam manusia yang harus saya syukuri. Ya, benar dan betul, kita manusia semuanya punya hati dan mimpi.
...
Langkah kaki berotosikal dari Penang akan menyusul.
Sekian buat kali ini.
Moga esok lebih bererti.
Pemandangan dari atas blok B Pangsapuri Sutera Seberang Jaya. |
No comments:
Post a Comment