Assalamualaikuum...
Hari tetiba je rasa nak update blog dan hari ni juga tetiba je terfikirkan apa yang saya coretkan di bawah. Hendak baca atau tidak terpulang. Tepuk dada tanya akal. Kalau baca terima kasih dan kalau tidak juga terima kasih. Demikian untuk intro.
JANGAN --->; jangan cuba mengatakan ' saya faham sangat keadaan dia sekarang ''saya dah pun melalui semua itu'' hal tu pernah berlaku dalam hidup saya''saya dah banyak pengalaman macam dia' oh jangan sesekali ye!
kerana bagi saya ia amat menjengkelkan apatah lagi anda siap menilai hati dia, bagaimana jika anda silap sebenarnya? so lebih baik jangan berkata apa-apa kelak nanti mengundang kebencian walaupun niat anda baik.
kerana : anda tidak pernah berada di tempatnya, anda juga tidak pernah mengalaminya.Bagaimana mungkin anda sangat memahaminya kerana anda sendiri tidak tahu apa yang difikirkan nya.Penilaian kita manusia memang berbeza dan tak akan pernah sama walaupun hakikatnya kelihatan sama pada zahirnya. Jika sama sekali pun penilaian dan pemikiran kita, hakikatnya di mana kita berada juga tidak akan sama. Apa yang di pakai sudah tentu tidak sama, jua apa yang dilihat sebagai garis panduan juga tidak sama apatah pula apa natijahnya juga tidak akan sama.* barangkali ada yang mengatakan, sama saja rasa nya.sama saja natijah nya, tapi pernah kah anda terfikir dan cuba untuk berfikir ianya sama sekali TIDAK sama*
Di sini saya cuba senaraikan kebarangkalian yang anda fikir dan kebarangkalian jawapannya juga kebarangkalian yang mana anda tidak pernah terlintas beserta yang tidak tersenarai kerana kebarangkalian mungkin saya kecetekan ilmu maka saya terlepas pandang dan tidak tercapai akal untuk saya fikir dan coret.
* Dia sakit .anda kata : sama saja, orang lain pon sakit jugak,anda juga pernah sakit seperti dia
--> tapi hakikatnya hanya dia yang rasa, anda juga mungkin pernah merasa sakit sepertinya, tapi cuba fikir sejenak, ape kondisi anda ketika anda merasai kesakitan itu, siapa anda, siapa dia?? bagaimana pula dengan keadaan ekonomi anda ketika itu? dia pula bagaimana? oh! anda masih juga kata sama saja. Fikirlah pula adakah ketika itu anda masih punya ibu bapa punya keluarga punya sahabat?? dia?? Masih sama. Baiklah.Lihat pula bagaimana cara dia mengahadapinya? bagaimana cara dia dirawat ? Sama juga ke??? Kalau masih sama sampai bermuka surat pon tak kan habis persoalan yang anda kata sama saja. Percaya lah ia sebenarnya tidak pernah sama pasti ada beza walaupun hanya sebesar kuman. Sebanyak mana anda masih berkata sama saja sebanyak itulah juga alasan saya yang mana saya tetap menegaskan kita semua tak pernah sama. Itulah kekuasaan ALLAH.Jangan sesekali menidakkannya!
* Dia kematian orang yang tersayang.anda kata : sama saja.
---> saya juga mungkin pernah berkata begitu di saat kehilangan nenek tersayang di hari raya Aidilfitri 2002 tanpa sempat memohon ampun dari nenek.Tapi pernahkah anda terfikir kemungkinan kesamaan dan tidak itu pasti wujud.Paling tidak pun seremeh-remeh perkara seperti apa yang anda lakukan tatkala menerima berita kematian, tika dalam perjalanan, ape yang menghalang, kenapa tidak sempat berjumpa dan memohon ampun, kenapa hari raya pertama dan yang paling2 bodoh mungkin saya pernah terfikir yang hanya tidak sama mungkin baju raya kita kan???Dan jelas sekali ia tidak akan pernah sama wahai manusia.Tolonglah faham bahawa kita tidak pernah sama.
* Dia kemalangan. anda kata : sama saja
---> Dia cedera parah mungkin juga anda pernah lalui itu, tapi anda mungkin lupa semasa cedera siapa yang bantu anda siapa yang tolong anda suapkan makanan, siapa mandi kan anda, siapa doktor bertugas, bila anda kemalangan, dan paling jelas dan nyata ialah anda dan dia memang tidak akan pernah sama kerana dia adalah dia dan anda adalah orang yang berbeda.Mungkin juga anda tidak menyedari bahawa kemalangan itu bernatijah baik untuknya dan juga anda, malang sekali juga jika anda masih tidak pernah insaf dosa lalu walaupun diberi ujian oleh YANG ESA.Oh! Jangan juga sesekali anda merasa itu bukan ujian kerana kita semua ini manusia yang berdosa,Tepuk dada tanya iman, walaupun iman saya senipis amat tapi saya tetap nak tanya iman.Dan bersyukurlah kerana nyawa ini masih lagi menjadi pinjaman sebelum ia dituntut bayarannya.Moga saya , dia dan anda sedar diri!
* Dia punya harta yang banyak.anda kata:sama saja
---> nak jugak sama kan.tidak jugak jawapan saya.anda tegas di situ saya tegas dan jelas tentang itu.TIDAK SAMA! Kalau disebut satu-satu panjang berjela sekali pun huraiannya,bagaimana berhemah dibelit dan ditukar ayat sekali pun anda dan dia pasti mengerti bahawa ianya tidak sama melainkan anda sebenarnya tidak pernah faham tapi masih merasakan anda faham.Harta dia dia yang punya harta anda?? Betulkah jalan dan cara anda perolehinya???Bersama kita renungkan.
*Dia cantik dia kacak. anda kata: sama saja
---> Sedarlah wahai manusia definisi cantik dan juga kacak tidak pernah sama.Apatah lagi yang menilainya hanyalah kita, selemah-lemah manusia.Manakan mungkin sama yang dinilai dengan ahli nya.Anda nak jua kata sama, jadi fikirlah dengan ilmu apa anda menilai cantik nya si polan bin/binti si polan itu? Kriteria apa yang anda merasakan dia cantik/kacak?? Pandangan manusia dari kaca mata manusia dalam keadaan ilmu yang berbeza mana mungkin pernah sama dan jelasnya tidak akan pernah sama!Mereka mungkin menilai kerana iman dan kita?? Mintak jauh dari penilaian beralaskan nafsu dan rupa semata-mata, cantik dunia tidak akan pernah sama dipandangan seorang yang hidupnya mengejar indahnya AKHIRAT bumi abadi!
*Dia dikhianati dan dianiaya.anda kata : sama saja
---> begitu pasti sekali anda mengatakan sama saja sedangkan hakikatnya anda tidak pernah berada di tempatnya ketika itu, walaupun anda mungkin akan membalas balik dengan berkata ' alah : saya faham sebab saya pun pernah dikhianati sebelum ini, malah anda juga mungkin merasakan apa yang anda alami jauh lebih buruk dan teruk dari apa yang dia alami' tapi, apakah orang yang sama juga sebagai pengkhianat? sebagai penganiaya? apakah anda pernah dijadikan sebagai objek untuk dianiaya sedangkan anda sendiri tidak pernah kenal atau terlibat dengan pengkhianat itu??? pernah kah anda?? kalau pernah , apa yang anda lakukan? apa pula reaksi masyarakat, reaksi kawan2 anda, reaksi orang2 yang kononya faham yang hanya memerhati dan cuba memberi pendapat mengatakan anda sebenarnya bodoh menilai? apakah anda rasa apabila anda dijadikan sebagai tempat diletakkan kesalahan orang lain?malah anda juga dituduh sebagai batu api? hakikat manusia lumrah alam : siapa yang bodoh tidak akan membela diri apabila difitnah sedangakan bukti terang lagi bersuluh.anda jangan sesekali mengatakan anda faham sangat dengan situasi itu jika anda sendiri menilai hanya dengan sebesar anak kuman ilmu yang anda ada, kerana anda mungkin lupa orang yang anda nilai itu jauh luasnya pandangan dia, darjatnya pangkatnya juga mungkin lebih dari anda ( barangakali ini bukanlah alasan untuk tidak boleh diberi pendapat) barangkali juga dia itu ilmuan yang hebat tapi anda pula:jahil tentang segalanya.Bagaimana pula jika anda hanya menilai dari sudut negatif dan dia pula dari segi sepositif mungkin?? anda pernah fikir itu????!! jika tidak baik jangan berkata apa-apa kerana bagi saya perkataan anda mungkin mengguris orang telah terguris hatinya ( sebab mereka mungkin lebih sensitif ketika itu dan juga emosi mereka tidak stabil)..itu bagi saya.apa yang anda rasa terpulang.samada mahu menjadi orang yang disenangi tanpa disedari ataupun dibenci dengan sepenuh hati?
Jadi sebelum memerli sila cermin diri sendiri.
Sekian untuk hari ini. Ini hanya pendapat saya.Kalau anda merasakan ini benar jelaslah saya gembira tentang itu,jika sebaliknya juga saya gembira kerana sekurang-kurangnya sebelum anda mengatakan ini salah anda telah membaca coretan saya ini.
Salam dari Kolej Mawar 2012
-Fasihah Abdullah-
No comments:
Post a Comment