Friday, July 20, 2012

:: Agungnya Kasih Sayang ALLAH ::

Assalamualaikum...

Lama pula sepi blog ni kan. Bajet orang baca la tu...huhu..ape pun tak boleh dah tukar ape pob boleh sekarang ni. Masing-masing tengah serabut tak kurang juga ada yang sedang berbahagia di musim peperiksaan akhir ni.
...
Saya dan hidup saya, rumet saya dengan hidup nya dan hidup kami, mereka dengan hidup mereka. Semua sedang sibuk dengan urusan dunia bekalan untuk dunia selepas mati.
...
Pelbagai persoalan timbul tatkala perasaan dan akal menafikan, namun hakikatnya kita sebagai manusi memerlukan sebab musabab kenapa sesuatu berlaku. Tidak dapat tidak !
...
Motifnya nak update blog bukan apa pun, hanya nak kongsi seperti biasa la. Kongsi perasaan resah gembira dan pelbagai lagi.
...
Kali ini terpanggil untuk kongsi perasaan saya ketika detik dan saat ini, berasa tenang dan rimas.
Tenang kerana tadi telah lepas bebanan paper final exam, dah hantar report fyp walaupun masih belum pasti natijahnya dan rimas dengan kesakitan yang seringkali mengganggu dikala saya mahu menuntut ilmu. Apa yang pasti sukar untuk saya gambarkan apa penyakit saya. Hanya ALLAH yang tahu.
....
Tadi sebelum exam, tengah panaskan enjin kereta, call ummi cakap nak exam. Ummi suh jawab lelok dan jangan lupa doa. Pastu tertacing pulak. Sedih ( nasib baik sensorang lam kete tak payah cover ).
....
Sampai awal di DATC ( Dewan Agung Timabalan Canselor ) kot nama penuhnya. Ade sorangg gadis duduk di tangga sedang belek2 nota. Saya pun dengan ramahnya join beliau dan berborak2 kosong. Sempat jugak share soalan spot tadi. Alhamdulillah mengena:)
...
Tadi juga jumpa sahabat saya Yoli.Lama sungguh tidak bersua. Dia baru lepas operation buang tiub fallopio ke ape tah namenye.Syafakillah untuk Yoli. Jalan pun slow je lagi dan risau takut orang terlanggar perutnya masa berebut nak masuk dewan. So saya pimpin la dia. Sedihnya. Kami sama-sama sakit tapi dia sakit orang leh nampak, tapi saya??? Tapi syukur Alhamdulillah saya dan dia boleh jawab exam tadi dengan baik. Syukur sangat! Esok dia ade paper lagi. Doakan dia berjaya ya! Ameeen!
...
Sesekali terfikir kenapa kita diberi ujian yang kita rasa tak tertahan, tapi sebenarnya kita lupa bahawa ALLAH tak akan uji kalau kita tidak mampu. DIA lebih mengetahui segalanya dana KASIH SAYANGNYA AGUNG tiada tandingan!
...
Ya Allah, sungguh hambaMU ini terasa hina dan terasa berat diuji, namun jika itu kehendakMU, dan itu yang membolehkan aku sentiasa mengingatiMU, aku redha.Sungguh aku redha.
...
Niat dihati hajat diimpi sem ni tak nak extend lagi sebab nak kerja bantu abah dan ummi.
Tapi setiap yang terjadi pasti ada hikmah menanti


< Entri lama ni, baru nak publish >

Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk semua. Doakan supaya hati kita sentiasa berbaik sangka pada yang selayaknya. Ameeen.


:: RAMADHAN KAREEM::

Assalamualaikum..

Dah lama dan sunyi sepi blog ni tanpa sebarang cerita mahupun berita. Apatah lagi info2 untuk dikongsi.Banyak sebenarnya yang bermain dibenak fikiran mahu dikongsi bersama sekadar renungan dan pengalaman saya.Cuma masa agak terbatas.Batas masa memang tidak dapat saya langkah bimbang nantii tersadung pula. Jadi selesaikan dulu apa yang patut barulah kita cerita kat blog ni. InsyaALLAH, di hari yang baik bulan baik dan esok kita bakal berpuasa, salam ramadhan dari saya.

.....

Moga Ramadhan kali ini mempertemukan kita dengan lailatul qadar yang dinanti, moga dikurniakan kesihatan yang baik untuk beribadah sebaiknya, moga segala keberkatan kurniaan ALLAH milik kita semua.

Salam penuh pengharapan sebuah KEBERKATAN hakiki :)

Friday, July 6, 2012

:: LARI SEKEJAP ::

Assalamualaikum...

Hari ni terasa nak update jugak blog ni.Dah lama sunyi sepi je blog. Draf ada je menunggu tapi masih belum berpuas hati dengan isi entri. nak cari lagi maklumat bagi entri menarik sikit. Bukan untuk orang lain baca tapi untuk puaskan hati sendiri je.
....
Alhamdulillah..Syukur terasa. Mahu lari sekejap dari hiruk pikuk kampus yang mengingatkan saya tentang pelajaran formal dan fyp report. Dah tepu cite die. Lari pun sekejap je.Lebih kurang seminggu je. Esok ke majlis konvokesyen adik saya kat Kuala Kubu Baru. Tahniah in advance untuk adikku.
....
Sementara tunggu abah ummi dan adik sampai jadi update la blog ni sekejap. Short entri je. Pasni dah balik kampung internet xde.. Kalau ada pun kena g cc lar.. Rajin la pulak nak g cc semata-mata nak update blog kan?? heheee
....
Ok dah... Selamat berfinal exam bagi yang belum selesai berjuang dan selamat bercuti untuk yang bakal pulang ke kampung halaman cam saya lah. Hehhehee...
....
16 hb July 2012 ada final presentation untuk final year projek. Moga semuanya berjalan lancar la ye!!
ALL THE BEST!!!!
....
With love :)
Budak tak sabar nak balik kampung!!! Yeay!!!