Tuesday, December 27, 2011

Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum...
Lame dah rase xupdate blog..mood ade tapi malas pulak nak menaip..idea ade tapi xtau nak coret yang mana dulu.Hati berkecamuk dengan final year project yang xsiap2 reportnye.Mengadap bagai nak rak tapi xtau ape pon yang sy taip.sy pening.

Hati tengah xtenang dan jiwa kacau banyak pulak dugaan menimpa.
Mungkin Allah nak uji sy.

Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini.Kuatkanlah iman di dada hambaMu ini, tiupkanlah semangat untuk hambaMu ini menimba ilmuMu.Ya Allah kau jauhkan lah segala fitnah dunia, jauhkanlah daku dari segala kejahatan manusia dan iblis laknatullah.Sekiranya kesakitan ini penguat iman, hambaMu ini sesungguhnya redha Ya Allah.

Ya Allah, kau ampunilah segala dosa ku ,dosa kedua ibu bapa ku, dosa keluargaku, dosa sahabatku dan dosa seluruh ummat islam di dunia.

Ya Allah, kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku,panjangkanlah umurku agar aku bisa berkhidmat kepada kedua org tuaku, berkhidmat kepada agamaku.
Ya Allah, tetapkanlah imanku teguhkanlah imanku kuatkanlah imanku rahmatilah hidupku sesungguhnya aku hanya hambaMu yang hina.Jauhkanlah aku dari kesesatan dan perkara yang menyesatkan.




Amin,amin, Ya Rabbal 'Alamin

Regards : Fasihah Abdullah