Thursday, June 28, 2012

:: UJIAN ::

Assalamualaikum...

Moga kita semua tabah menjalani hidup menuju bermulanya alam akhirat.

Pembuka bicara maya bukan sekadar perkongsian semata tapi ianya merupakan satu doa saya buat anda semua. Hari ni terdetik pula mahu berkongsi cerita dan sedikit pengalaman saya sebagai hamba ALLAH yang tak mungkin terlepas dari membuat kesilapan.
...
Sebut tentang ujian, setiap makhluk di bumi hidup dengan ujian masing-masing. Apa yang membezakan kita semua pada hemah saya hanyalah tahap kesabaran kita. Tahap keimanan kita juga berbeza cuma hal iman dan aqidah semuanya tidak terjangkau oleh akal fikiran kita sebagai manusia biasa apatah lagi bagi manusia yang selalu melakukan dosa sedar atau luar sedar.
...
Kita semua merasakan kitalah yang paling banyak ditimpa masalah dan diuji dengan segala macam cabaran namun itu hanyalah perasaan yang saya rasa sangat tidak tepat. Seringkali terbaca di dada akhbar, majalah dan sebagainya juga terpampang di media elektronik, masih terlalu ramai manusia yang diuji hebat oleh Pencipta. Bila terfikir akan hebatnya dugaan mereka, serius saya katakan terasa sangat dan sungguh bertuah seadanya saya sekarang. Pelbagai masalah yang tidak mungkin menjadi satu dan menimpa tanpa diduga juga yang disangka sebaliknya pula. Kekadang termengeluh dan rasa bersalah. Namun saya jua manusia biasa. Yang masih nipis kesabarannya. Moga Allah mengurniakan setabah-tabah hati sekuat-kuat mental dan fizikan untuk saya dan anda semua berbakti di jalanNYA.
...
Diuji dengan KESAKITAN
      Sebut kata sakit, definisi mudahnya tidak sihat dan harusnya lah ada nama penyakitnya. Adakala sakit yang terlihat ada jua yang tersembunyi. Begitu juga saya, mereka mungkin lihat sayalah orang yang sihat dan kuat namun hakikatnya terasa sudah letih dengan kesakitan yang tak terungkap. Tatkala melihat sengsaranya orang lain dikaca televisyen, jujur saya katakan ianya amat menyentuh emosi dan menjadi pembakar semangat saya. Ianya juga mengajar saya erti SYUKUR...

Diuji dengan TIMBUNAN KERJA
     Masing-masing ada tanggungjawab yang harus disempurnakan. Baik atau buruk, kita yang tentukan natijahnya. Baik penerimaan manusia belum tentu sempurna disisi PENCIPTA. Buruk penerimaan manusia mungkin meresahkan kita, tapi ukurlah dengan 3I ( Iman, Ilmu dan Islam ) pasti ada jawapannya. Setiap yang berlaku pasti ada musababnya dan ingatlah , apabila ALLAH berkata jadi, maka jadilah! Usah kita persoalkan sebaliknya berusaha menangani dan hadapi dengan tenang adalah lebih baik

Diuji dengan KEMATIAN
     Bagi yang lemah iman, kematian yang tersayang mungkin merupakan seberat-berat ujian. Namun jangan kita lupa bahawa kita semua akan merasai MATI dan hakikat yang pasti kita semua semakin menghampiri hujungnya usia. Berkisar tentang hidup dan mati, persoalannya ialah bersediakah kita untuk MATI??
Justeru marilah kita sama-sama betulkan yang salah dan berubah kearah yang lebih baik. Tidak banyak pun sekurang-kurangnya ada.Bukan ke sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?? Moga kita masih punya banyak masa untuk berubah dan moga ALLAH mempercepatkan kita berubah kearah kebaikan. Harus diingat, perubahan tidak datang bergoleh mahupun beterbangan, ia juga tidak berenang ke arah kita, sebaliknya ayuh kita kejar perubahan!!
...
Saya rasa cukuplah sekadar ini. Lain kali kita sambung lagi. Semalam dah lepas satu paper dan saya rasa agak susah soalannya. Terasa sedikit kecewa sebab dah study tapi tak boleh jawab dengan tepat dan tenang pula. Apa pun doakan saya lulus subjek tersebut ya. Mohon sangat!!
...
Pic before masuk exam hall!! dan saya pakai baju kurung! hehee


No comments:

Post a Comment